5 Cara Membuat ‘vision board’ Untuk Kejar Impian Anda

5 Cara Membuat ‘vision board’ Untuk Kejar Impian Anda

Cara terbaik untuk mencapai matlamat adalah dengan mengekalkan matlamat anda. Seperti usahawan yang nak capai RM1 juta pertama, kekalkan matlamat tersebut sehingga anda berjaya mencapainya. 

Tapi janganlah tunggu matlamat tu datang sendiri, anda yang perlu kejar matlamat bisnes anda. Sentiasalah cari cara untuk mendekatkan diri kepada matlamat anda. 

Matlamat ni tak boleh duduk diam tau! Di waktu anda berhenti mengejar, matlamat anda dah pergi jauh dari anda. Macam mana nak pastikan anda kekal dengan matlamat itu? Dengan adanya vision board dapat membantu kekalkan matlamat anda.

Dengan meletakkan vision board di tempat yang anda boleh lihat setiap hari akan menggesa diri anda untuk berusaha mencapainya. Tanpa sedar otak anda akan programkan untuk anda bermotivasi secara semula jadi capai matlamat tersebut. 

Dalam bisnes juga sangat penting untuk ada vision board supaya anda termotivasi untuk capai matlamat bisnes. Penting juga untuk terapkan pada team anda supaya mereka turut mempunyai semangat untuk capai matlamat hidup dan kerja mereka.

Jadi bagaimana anda nak buat vision board yang dapat membantu capai matlamat bisnes anda?

1. Buat senarai matlamat jangka panjang dan jangka pendek

Untuk capai matlamat anda, perkara pertama yang anda perlu tahu adalah apa matlamat anda. Luangkan sedikit masa untuk fikirkan apa yang anda mahu dan capai pada tahun depan dan tahun-tahun yang berikutnya. 

Matlamat perlulah benda yang tak mustahil. Contoh hari ini jualan bisnes anda RM100, matlamat anda nak capai RM100 juta dalam masa 3 bulan, bukankah tak masuk akal? 

Ya, tak ada yang mustahil tapi tetapkan matlamat yang masuk akal dahulu seperti RM1 juta pertama. RM100 juta itu anda boleh letakkan sebagai matlamat tahun-tahun yang akan datang setelah capai RM1 juta pertama. Masih lagi matlamat anda, tapi dalam tempoh masa yang lebih realistik. Bukankah lebih mudah begitu?

2. Kumpul gambar-gambar yang mewakili matlamat dan memberi inspirasi kepada anda

Di waktu terluang, ambil sedikit dari masa anda untuk membaca majalah. Potong gambar yang mewakili matlamat anda sambil berikan kata-kata semangat pada diri sendiri untuk capai matlamat tersebut. 

Cari gambar yang buatkan hati anda berkata, “Ya, itulah yang saya mahukan dalam hidup ini!” Fokus pada gambar-gambar yang membuat anda rasa nak milikinya. Tak ada majalah bukan masalah. Cari je gambar-gambar di internet. Lebih mudah dan cepat serta banyak pilihan, kemudian cetak. Selesai!

3. Buat kolaj daripada gambar inspirasi anda

Sebaik sahaja cukup gambar-gambar yang dikumpul, masanya untuk membuat vision board mengikut kreativiti anda sendiri. Dapatkan mounting board atau foam board di kedai, kemudian tampalkan gambar-gambar tadi dengan kreatif pada board yang anda beli tadi. 

Nak guna kertas pun boleh, tapi cepat renyuk dan tidak cantik sebagai bahan untuk dipaparkan. Nak lebih kreatif, anda tampal terus je di dinding sebagai hiasan dalaman. Kreatif kan?

4. Tambah kata-kata motivasi

Selain gambar-gambar tadi, anda juga boleh tambah dengan penulisan kreatif yang membuat anda termotivasi untuk mencapai matlamat. Luangkan masa untuk memilih kata-kata yang terbaik yang membuatkan anda rasa di hati. 

Tuliskan dengan tangan atau tampal atas board terpulang kepada kreativiti anda. Tambah juga bila target anda nak capai matlamat tersebut. Tahun ini, tahun hadapan atau tahun-tahun yang seterusnya?

5. Luangkan sedikit masa untuk lihat matlamat anda

Dah siap vision board anda, jangan pula simpan di bawah meja atau di dalam almari. Paparkan di tempat yang anda akan nampak setiap hari. Nak beri orang lain nampak juga tak ada masalah. 

Ambil sedikit masa setiap hari untuk melihat vision board anda dan tanya pada diri sendiri, “adakah aku dah cukup berusaha untuk capai matlamat ini?” Jadikan matlamat itu perkara yang penting untuk dicapai agar dapat melatih fikiran untuk menarik perkara yang anda benar-benar inginkan dalam hidup ini. 

Sebelum tidur, fkirkan idea-idea yang baru untuk capai matlamat tersebut agar pagi anda akan penuh dengan motivasi untuk berjaya. 

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply