5 Cara Jaga Mindset Bila Hilang Kerja

Hilang pekerjaan, pastinya memberikan kesan besar dari pelbagai segi dalam kehidupan terutama mindset atau pemikiran seseorang. Perubahan mengejut sangat membahayakan dengan tahap tekanan yang tinggi.

Tekanan daripada tiada pekerjaan termasuk kesempitan kewangan boleh membuatkan seseorang hilang arah malah boleh mendapat serangan penyakit atau bertindak sehingga merosakkan diri sendiri jika tak ditangani dengan baik. Apatah lagi, lebih 800,000 orang sejak pandemik telah pun kehilangan pekerjaan di negara ini.

Berikut kami kongsikan anda dengan 5 Cara Untuk Berdepan Bila Hilang Kerja:

  1. Jaga baik diri anda

Hilang pekerjaan tidak bermakna anda gagal, malah sebabnya mungkin tak ada kaitan pun dengan prestasi kerja. Setiap orang mempunyai nilai, kemahiran dan perwatakan yang melebihi pekerjaan mereka. Jangan salahkan diri sendiri dan selalu ingatkan pada diri bahawa tiada pekerjaan ketika ini tak akan kekal selama-lamanya.

Situasi pandemik ketika ini akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Ia hanya sementara dan akan berakhir suatu masa nanti.

  1. Berkongsi dengan keluarga, rakan dan mungkin pakar

Berkomunikasi dengan orang lain bila hilang kerja. Bukan hanya untuk nak mendapatkan simpati tetapi ia penting bagi buat mindset anda lebih terkawal. Bercakap dengan seseorang yang anda boleh percayai sama ada ahli keluarga, rakan ataupun MenThor malah pakar kaunseling dan psikiatri jika perlu.

  1. Susun rutin baru

Menyusun aktiviti harian anda dapat membantu untuk mengurangkan kemurungan dan kebimbangan. Mereka digalakkan untuk membuat jadual aktiviti pagi, petang dan malam. Cuba pastikan waktu bangun dan tidur anda sama setiap hari.

  1. Selalu bersenam

Bersenam dapat membantu mengurangkan kemurungan dan kebimbangan. Bersenam dengan kerap penting bagi yang tak bekerja berikutan mungkin tak banyak pergerakan bila tiada apa dibuat.

  1. Tenangkan fikiran

Jangan terlalu fikir dan kerap menonton berita mengenai pandemik Covid-19. Tenangkan fikiran dan jangan terlalu bimbang. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kesimpulannya, jangan kita terlalu cepat berputus asa. Yakin dan minta kepada Allah SWT. Kita hanya merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Berfikiran positif, jadikan ia sebagai titik permulaan bagi memulakan kehidupan baru yang lebih baik.

Rezeki ada di mana-mana, berusaha dan bertawakal untuk meneruskan kehidupan anda. Macam-macam anda boleh lakukan seperti mencari kerja lain, membuat bisnes dan lain-lain. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Seperti kisah bekas Ketua Pramugari, Puan Aida K. Sulaiman yang kini menjadi Founder Paru Rangup by Aunty Rock. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tak dapat kerja dan pendapatan. Namun hasil bisnes dijalankan selepas mengikuti program pendidikan keusahawan secara virtual RichWorks International membuatkan dia mampu mendapatkan pendapatan yang lebih baik.

Moga kisah beliau dapat berikan anda inspirasi dan terus berusaha meskipun dalam tempoh mencabar ini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Artikel terbaru

Leave a Reply