4 Tip Bantu Jenama Anda Menang di Media Sosial

4 Tips Bantu Jenama Anda Menang di Media Sosial

Sekarang semua orang berada dalam zaman siber. Teknologi dalam media sosial berkembang dengan pesat sehingga terdapat pelbagai platform secara percuma untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.

Tidak kira usia, semua orang terjebak dalam dunia teknologi masa kini kerana boleh dikatakan semuanya memiliki akaun media sosial tersendiri.

Pengiklanan dan promosi produk melalui laman media sosial di internet. Cabang pemasaran internet ini dapat dianggap sebagai pemasaran mulut ke mulut melalui World Wide Web.

Berikut ialah empat petua untuk membantu jenama anda menang di media sosial.

Berikut tip jenama anda menang di media sosial:

1.   Menyampaikan nilai, bukan hanya iklan

Pengguna di media sosial pada mulanya berhubung dengan jenama anda kerana berminat dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Mereka mungkin ingin mengikuti perkembangan terkini atau mengetahui tentang jualan dan promosi akan datang.

Sehubungan itu, kandungan media sosial perlu menarik dan interaktif. Anda boleh campurkan pelbagai info lain yang bermanfaat selain tawaran promosi sahaja.

2.   Pengaruh influencer

Muncul golongan yang dikenali sebagai influencer. Anda boleh gunakan pengaruh mereka dalam strategi mempromosikan produk atau perkhidmatan di media sosial.

Anda perlu mengenal pasti golongan sasaran dan siapa influencer terbaik dan padan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Tapi, hari ini anda mungkin menggunakan khidmat influencer, tak salah jika anda sendiri membina jenama peribadi dan jadi salah seorang influencer.

3.   Siarkan secara konsisten tanpa membebankan penonton

Beban bagaimana tu? Secara peribadi anda pernah tak rasa tak suka apabila menerima lambakan promosi.

Tak tahu nak tengok mana satu dan rasa agak rimas juga bila iklan secara berlebihan.

Akhirnya, kita pun tanpa berlengah-lengan tekan butang unfollow.

Bagaimana nak pelanggan anda kekal setia? Mereka ternanti-nanti nak tahu apa yang anda sampaikan.

Lakukan live di media sosial secara berjadual yang tetap, pastikan jenama anda sentiasa segar dalam minda pengikut tanpa menjengkelkan mereka.

4.   Atasi isu atau aduan dengan segera

Media sosial telah menjadi portal perkhidmatan pelanggan agak mudah bagi pengguna untuk mendapatkan perhatian syarikat di media sosial.

Menghantar Tweet atau siaran Facebook hanya memerlukan tindakan beberapa saat sahaja.

Tak perlu untuk tunggu lama ditalian untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan.

Jadi, anda perlu belajar untuk bertindak balas dengan cepat dan pantas.

 Jika pengguna menyiarkan sesuatu di media sosial, minta individu tersebut menghubungi anda SEGERA untuk menyelesaikan isu tersebut dengan cepat.

Jangan padam atau abaikan komen tersebut, sebaliknya selesaikan dengan berhemah. Kepuasan pelanggan amat penting, terutamanya untuk jangka masa panjang.

Manfaatkan medium media sosial sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap lebih tinggi. 

Artikel terbaru

Leave a Reply