Siapa suka bersolek? Mesti ramaikan? Pada pendapat sesetengah wanita, solekan yang baik dan bersesuaian dengan wajah serta kulit dapat menonjolkan sisi personaliti ketika berada di luar.
Malah ada yang menganggap solekan itu mampu memberikan lebih keyakinan untuk keluar dan berhadapan dengan orang ramai.
Dalam erti kata lain make up yang baik itu mampu menaikkan self-esteem seseorang.
Mungkin bagi sesetengah wanita tidak akan lengkap tanpa mengenakan walau sedikit solekan sebelum keluar dari rumah.
Cakap pasal make up, butik SEPHORA pasti tidak asing lagi. Jom kita pelajari sesuatu daripada SEPHORA.
Asal usul nama Sephora datangnya dari bahasa Greek iaitu ‘sephos’ bermaksud cantik.
Manakala Pora pula diambil sempena nama isteri Moses yang cantik iaitu Zipporah.
1. Membina Kehadiran Global
Pertumbuhan Sephora bermula pada tahun 1993, dengan penggabungan Sephora dan rangkaian minyak wangi Perancis yang dimiliki oleh Dominique Mandonnaud.
Sephora membezakan dirinya dengan menawarkan “sampel ujian” untuk pelanggan mencuba produk sebelum membeli.
Pada tahun 1997, Sephora telah dijual kepada konglomerat barangan mewah, LVMH.
LVMH mengembangkan Sephora kepada lebih 2,600 kedai di 35 negara dan memasukkan produk kecantikan serta kosmetik.
2. Jenama Dalam Jenama
Jenama LVHM menawarkan Fenty Beauty by Rihanna, Make Up Forever, Marc Jacobs Beauty dan pelbagai jenama mewah serta terkenal boleh didapati di Sephora.
Selain itu, jenama label peribadi, Sephora Collection, meliputi pelbagai jenis produk kecantikan.
Harga produk kebiasaannya melebihi jenama di farmasi seperti Maybelline tetapi Sephora menawarkan jenama premium seperti Bare Minerals atau Tarte.
Pada masa sama, koleksi Sephora menawarkan pelbagai pilihan untuk produk dan warna.
Selain itu, koleksi Sephora menyokong jenama keseluruhan dengan menawarkan jenama “ilusi mewah” yang berharga untuk memenuhi keperluan lebih ramai pengguna yang mementingkan bajet.
3. Sokongan Jenama
Sephora ialah salah satu peruncit pengurusan jenama yang paling berjaya dengan tumpuannya pada menggunakan pelbagai jenama untuk membina etos jenama keseluruhan.
Di mana, strategi jenama peruncit yang bukan sahaja menguruskan jenamanya sendiri tetapi menggunakan kesedaran jenama, faedah dan ekuiti produk yang mereka jual untuk menyokong jenama Sephora.
Menggabungkan jenama milik mewahnya dengan label peribadi dan jenama faedah unik lain membolehkannya membina jenama berbilang dimensi dengan daya tarikan yang luas sambil kekal dengan visi jenama mewahnya.