Banyak tabiat dalam dunia ni, ada yang perlu dikekalkan dan ada juga yang perlu diubah. Tabiat yang anda bawa, adakah perlu diubah?
Setiap orang tak terkecuali dari melakukan kesilapan. Termasuk kesilapan dari tabiat yang dah terbiasa dilakukan.
Namun ianya boleh diubah dengan syarat, anda komited nak lakukan perubahan tersebut.
Seorang usahawan mesti tahu mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil pengajaran daripadanya, dan cukup kuat untuk membetulkannya.
Bukan hanya tentang kehidupan seharian, perniagaan anda juga tidak terlepas daripada kegagalan pengurusan akibat tabiat yang tak patut ada pada seorang usahawan.
Tabiat usahawan yang perlu diubah
1. Tak nak wakilkan tugas pada team
Kegagalan anda untuk membahagiakan tugas pada team akan membataskan potensi perkembangan perniagaan anda. Kenapa pula?
Mustahil untuk melakukan segalanya dengan berjaya melainkan anda merancang untuk kekal dalam skala yang kecil dan tidak merancang untuk tambah bilangan pelanggan yang membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Carilah pekerja yang boleh anda percayai untuk mengambil alih beberapa tanggungjawab pengurusan perniagaan.
Anda masih boleh memantau kerja mereka dan perbaiki jika tak sampai standard kerja yang anda mahukan. Apa yang penting, beri peluang untuk mereka tunjukkan bakat kerja mereka. Mana tahu, mereka bakal menjadi orang kepercayaan anda.
2. Gagal untuk mewujudkan dana kecemasan
Setiap strategi yang dilakukan, sudah tentu kita harapkan ia akan berjaya. Tapi tak semua apa yang kita rancang akan menjadi.
Sebab tu dari awal lagi dah kena ada plan A, B, C dan seterusnya untuk diguna pakai jika plan A tak berjaya.
Begitu juga dari segi pengurusan kewangan perniagaan, mewujudkan dana kecemasan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kewangan.
Kita tak tahu bila akan berlakunya bencana alam, kebakaran atau sebarang kerugian yang melanda perniagaan anda.
Tanpa dana kecemasan untuk menampung perbelanjaan semasa pemulihan, perniagaan anda boleh gagal. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga dari sekarang.
3. Mengabaikan latihan kemahiran pekerja
Betul, setiap pekerja yang diambil bekerja sudah tentu ada kelebihan masing-masing. Mereka diberikan jawatan sesuai dengan kemahiran yang diperolehi.
Tapi, sampai bila mereka akan kekal pada kemahiran yang sama? Pasaran dan teknologi sentiasa berubah-ubah, kemahiran juga perlu dinaiktaraf mengikut perkembangan semasa.
Tanpa perkembangan kemahiran pekerja, macam mana anda nak naikkan pangkat atau gaji mereka bila mereka sendiri tak mampu nak bekerja mengikut kemahiran semasa?
Ini membuatkan mereka tak rasa penting dalam organisasi anda dan mula mencari peluang pekerjaan lain yang lebih baik.
4. Lakukan banyak kerja secara tidak sihat
Jika boleh dielakkan, lebih baik elakkan buat banyak tugasan dalam satu-satu masa. Tak salah, tapi orang yang tahu untuk fokus pada tugasan yang penting lebih cenderung untuk berjaya kerana fokus adalah kuncinya.
Tapi jika tak dapat nak dielakkan dan terpaksa buat juga pelbagai tugasan sendiri, pastikan anda ada jadual tugasan dan tahu untuk dahulukan tugasan yang penting diikuti yang kurang penting.
Ubah cara berfikir
Menjalankan perniagaan adalah cabaran yang mendebarkan bagi kebanyakan usahawan. Jika perniagaan anda tidak berkembang pada kadar yang sepatutnya, lihatlah gaya pengurusan bagaimana yang anda pilih.
Membuat beberapa perubahan kecil dengan menggantikan tabiat buruk kepada yang baik boleh mengubah perjalanan perniagaan anda bertukar menjadi kejayaan.
Setiap usahawan mempunyai peluang yang besar untuk mencapai kejayaan yang luar biasa. Namun, untuk merealisasikan peluang ini, kita perlu mengubah cara berfikir dan tabiat kita agar menjadi luar biasa terlebih dahulu.
Tindakan kita harus seiring dengan kehendak, kerana hanya dengan keselarasan inilah kita dapat mencipta hasil yang diimpikan.
Mindset yang kita pegang memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kita menghadapi cabaran tersebut. Jika kita berfikiran positif dan bersedia untuk menerima perubahan, kita akan lebih mudah berkembang dan maju dalam bisnes.
Sebaliknya, jika kita terperangkap dalam pemikiran yang negatif atau tidak bersedia untuk berubah, kita mungkin akan menghadapi kesukaran untuk maju.
Dengan mindset yang tepat, kita tidak hanya mampu menghadapi cabaran, tetapi juga mampu mencipta peluang untuk pertumbuhan dan kemajuan dalam perniagaan kita. Inilah asas kepada kejayaan yang mampan dalam dunia perniagaan.