Tidak kira sama ada anda seorang penulis kandungan, content writer atau blogger akan ada hari apabila terasa hampir mustahil untuk menulis.
Ilham tak muncul, tak datang, tak bersemangat, akhirnya tak jadilah kita menulis.
Walau bagaimanapun, kita perlu meneruskan kerjaya walau ditentang oleh fikiran.
Beberapa petua boleh menarik kita keluar dari kebiasaan dan membolehkan kembali menaip pada papan kekunci.
1. Penulisan Bebas
Kita sering bergelut untuk menulis kerana memikirkan untuk mendapatkan susunan ayat paling menarik dan perkataan yang betul.
Adalah baik untuk mengambil berat tentang prosa tersebut, tetapi kebimbangan ini, apabila dibiarkan, boleh membawa kepada blok mental.
Penulisan bebas ialah latihan yang boleh membantu anda mengatasinya.
Tanpa berfikir, tetapkan masa selama 15 ke 20 minit dan mula menulis tentang apa sahaja.
Berikan diri anda kebebasan untuk menulis. Jika otak anda menjadi kosong apabila memikirkan perkara ini, tulis “Saya tidak dapat memikirkan apa-apa untuk dikatakan kerana…” dan lihat ke mana ia membawa anda.
Jangan risau jika hasil tulisan tersebut ada yang tak masuk akal.
Intinya bukan untuk mencipta kandungan tetapi untuk menipu fikiran supaya masuk ke dalam aliran penulisan.
2. Ubah persekitaran
Kadangkala perubahan persekitaran boleh membuat dunia berbeza dan mengubah kerangka fikiran kita.
Walaupun hanya berjalan ke kafe kita boleh memberitahu otak bahawa perubahan telah berlaku dan perlu masuk ke “mod kerja.”
Begitu juga jika bekerja dari rumah. Mungkin anda perlu satu mini pejabat atau ruang tertentu yg membawa kepada “mood kerja”.
3. Nyatakan Alasan
Pepatah Melayu ada menyatakan, kerja bertangguh tak akan menjadi.
Sekarang, kita nak buat kasi jadi.
Tuliskan semua sebab yang perlukan untuk bekerja, termasuk motivasi dalaman dan luaran.
Mungkin kita mempunyai pelanggan yang menjangkakan projek siap esok atau mungkin kita menetapkan cabaran untuk menulis beberapa ayat pada penghujung hari.
Melakukan ini akan mengingatkan kita tentang motivasi untuk menulis.
Sebaik sahaja anda melakukan ini, tulis semua sebab kita tidak mahu menulis dan cuba membongkar setiap sebab.
Sebagai contoh, jika salah satu alasan ialah berasa letih, beritahu diri bahawa kita akan mendapat secawan teh dan banyak rehat setelah tugasan selesai.
Melakukan ini mungkin kelihatan bodoh pada mulanya, tetapi akan mengubah sikap negatif menjadi positif.
4. Konsistensi
Membina konsistensi adalah perkara paling kritikal untuk kerjaya penulisan yang berjaya.
Sudah tentu, akan sentiasa ada hari idea mencurah dan kadang kala rasa bila ilham nak muncul.
Tetapi, jika anda boleh belajar untuk muncul dan mula bekerja pada hari yang sukar, anda akan berada dalam perjalanan yang baik untuk kerjaya yang berjaya.
7 Comments
Saya mengalami depression sejak kehilangan pekerjaan dua bulan lepas. Kehilangan segala-galanya yang pernah diimpikan selama ini. Kebingungan untuk mengorak langkah semula untuk membina kerjaya. Pernah terfikir sebelum ini untuk membina satu blog motivasi dan luahan pendapat untuk kaum wanita yang bekerjaya ataupun suri rumah tangga dalam perkongsian hidup seharian dan permasalahan yang dihadapi. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kekecewaan dari kehilangan pekerjaan membantutkan segala-galanya. Apa yang perlu saya lakukan. Terima kasih.
Terima kasih atas perkongsian puan. Kami doakan puan dapat tempuhi cabaran ini dan sentiasa diberikan kekuatan untuk bangkit. Klik link ini untuk dapatkan tips kembali semangat >> https://richworks.com/tips-ini-untuk-kembali-bersemangat/ . Semoga bermanfaat!
Alhamdulilah Syukur
Amin yrb
Tq Team Richworks
👍👍👍
Wow…wow…wow. Suka dengan nasihat yang dikongsi. Simple, padat dan penuh info. Tqvm
Awesome! Terima kasih atas comment anda. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain. Semoga bermanfaat!
Great advice! Alhamdulillah team Richwork! Sememangnya saya sedang kering idea. Tak tau mana buku tentang penulisan saya simpan. Bercita cita nak jadi penulis dari zaman Ku Seman dan Mama Juwie lagi. Tapi baru berkesempatan sekarang. Teringin nak publish buku sendiri.
Thank you all of you Richwork! .ay Allah bless Dr Azizan and team.
Awesome puan! Harap petua ini dapat membantu puan. Semoga impian puan tercapai!