Kesabaran adalah suatu perkara yang besar dan bukan semua orang mampu untuk ada kesabaran.
Ia juga boleh menjadi kemahiran yang berharga di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi anda.
Memahami cara untuk bersabar dan kelebihannya boleh membantu anda memahami dengan lebih baik kepentingannya di dalam dan di luar tempat kerja.
Apakah yang dimaksudkan dengan sabar?
Sabar adalah mengawal tindak balas emosi anda terhadap situasi tertentu dan menerima bahawa bukan semua yang berlaku mengikut kehendak anda.
Dalam setiap perkara, anda mungkin menjangkakan tindak balas, peristiwa atau hasil yang tertentu. Apabila tidak berlaku, ia boleh menyebabkan tindak balas emosi.
Orang yang penyabar faham bukan semua situasi boleh dikawal, mereka akan mampu mengawal emosi.
Kelebihan bersabar dalam kerjaya
1. Mencapai matlamat
Salah satu kelebihan sabar yang paling penting dalam kerjaya adalah ia mampu capai matlamat anda. Menghadapi serta atasi halangan membina daya tahan dan keyakinan.
Kepuasan yang anda terima setelah capai setiap matlamat penting boleh membantu anda untuk kekal bermotivasi dalam kerjaya.
2. Pelajari sesuatu yang berharga
Kesabaran memberikan anda ketahanan yang anda perlukan untuk mempelajari sesuatu yang sukar.
Tugas yang mencabar memberi ganjaran anda mempunyai kaedah untuk mendekatinya.
Kesabaran juga membantu anda mengekalkan minda positif yang diperlukan untuk penambahbaikan.
3. Bantu orang lain capai matlamat
Kesabaran adalah sifat yang sangat diperlukan oleh seorang mentor, guru atau pemimpin.
Apabila anda bersabar dengan orang lain, anda memberi ruang kepada mereka untuk belajar dan berkembang. Mereka juga akan memperoleh keyakinan.
4. Menggalakkan kerjasama
Bekerja secara berpasukan, anda perlu mendengar idea serta menghormati pendirian mereka.
Kesabaran boleh menjadikan kerjasama lebih seronok dan berjalan dengan lancar. Ia juga menjadikan proses penyelesaian masalah sebagai proses yang lebih menarik.
Cara mewujudkan kesabaran dalam kerjaya
1. Kenali pencetus anda
Serlahkan masalah dengan jelas, penyelesaian masalah mungkin lebih mudah untuk dicari.
Apabila anda berada di dalam keadaan yang emosi, badan anda akan bertindak balas terhadapnya.
Dari tindak balas ini boleh membantu anda mengenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak sabar.
Orang yang terdekat juga mungkin dapat memberitahu anda tanda-tanda ketidaksabaran yang mereka nampak.
2. Bertenang untuk rasa tenang
Ketegangan fizikal adalah cara badan anda bertindak balas terhadap kemarahan, kebimbangan atau kekecewaan.
Ketegangan ini boleh meningkatkan perasaan dalam badan yang mengakibatkan emosi anda meningkat.
Untuk mengelakkan tekanan emosi, lepaskan tekanan di dalam badan anda. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan dalam empat saat pada satu-satu masa.
Ini boleh membantu memperlahankan degupan jantung anda dan membolehkan anda kembali bertenang.
Kekalkan berfikiran secara positif kerana ini boleh membantu anda untuk kekal sabar dan fokus pada matlamat anda.
3. Memenuhi keperluan yang asas
Susah untuk capai matlamat yang tinggi sekiranya keperluan yang paling asas tidak berjaya untuk dipenuhi.
Contoh perkara yang paling asas adalah seperti makan tepat pada masanya dan dapatkan tidur yang mencukupi untuk otak berfungsi secara optimum.
Dalam keadaan letih dan lapar, kita lebih mudah untuk merasakan kegelisahan dan mudah untuk merasa marah.
Jika anda di dalam keadaan ini, cuba tanyakan kepada diri sendiri. Adakah anda telah memenuhi keperluan asas anda?
Wujudkan kesabaran dalam diri
Ramai orang yang merasakan kesabaran di dalam kerjaya adalah perkara yang remeh dan mereka hanya mengambil ringan terhadap perkara tersebut. Hal ini tidak terkecuali kepada mana-mana pekerja mahupun majikan.
Wujudkan kesabaran dalam diri mulai dari sekarang kerana dalam mengejar kejayaan perlu banyakkan bersabar dalam menghadapi banyak cabaran.