4 Cara Usahawan Boleh Menangi Hati Pelanggan

4 Cara Usahawan Boleh Menangi Hati Pelanggan

Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang ada pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan servis yang usahawan keluarkan. Tanpa pelanggan, siapa yang nak membeli? 

Tahu cara yang berkesan untuk memancing pelanggan membeli adalah penting untuk perniagaan anda. Anda perlu membawa pelanggan yang baru, walaubagaimanapun pelanggan yang lama adalah penting untuk dijaga. 

Ada jenama yang pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan produk mereka kerana mereka tahu bagaimana nak menjaga pelanggan dengan kualiti produk serta layanan yang diberikan. 

Ada jenama pula yang gagal menambat hati pelanggan kerana tidak menguasai cara untuk mengikat mereka. 

Penting ke ada pelanggan yang setia? Bagaimana nak pastikan pelanggan setia dengan kita? Teruskan membaca untuk dapatkan jawapannya.

Kesetiaan pelanggan

Ada yang berpendapat, kesetiaan pelanggan apabila mereka membeli produk kita walaupun ada pilihan yang lebih murah di luar sana. 

Tapi hati manusia sentiasa berbolak-balik. Pelanggan juga manusia yang ada emosi. Mereka akan setia kepada produk atau jenama yang dipercayai. 

Pelanggan juga melihat nilai serta ganjaran yang diberikan kepada mereka. Kita nak duit pelanggan, kita perlu berikan yang terbaik kepada pelanggan.

Kenapa penting kesetiaan pelanggan?

Usahawan yang dapat memikat hati pelanggan, mereka akan memilih produk anda berbanding dengan pesaing anda. Tak mustahil, mereka juga bakal membeli produk baru anda dan mencuba setiap perkhidmatan yang anda tawarkan. 

Menjaga hati pelanggan juga adalah satu teknik marketing. Mereka kadang-kadang berpotensi membawa masuk pelanggan yang baru dengan review yang baik. 

Ini adalah kerana, jika pelanggan gembira mereka pasti akan memberitahu rakan-rakan tentang produk atau servis kita dengan semangat yang memanggil orang lain turut membeli.

Menangi hati pelanggan agar mereka setia

1. Mulakan dari dalaman

Sebelum buat pelanggan setia dengan produk jenama kita, team kita terlebih dahulu perlu jatuh cinta dengan produk dan perniagaan kita secara keseluruhannya. 

Bagaimana nak memastikan mereka benar-benar faham dan menjadi sebahagian daripada misi dan nilai teras syarikat kita sehingga mereka sering teruja untuk datang bekerja setiap hari?

Pekerja akan seronok bekerja apabila mereka rasa dihargai dan penting dalam syarikat. Nampak mudah, namun ramai majikan gagal untuk menghargai team kerana terlalu fokus untuk mengejar keuntungan sahaja. 

Dalam organisasi kita, adakah kita telah mencipta persekitaran di mana team akan rasa dihargai dan teruja? 

Sesekali berilah mereka ganjaran seperti juadah makanan yang lazat atau mengadakan aktiviti yang mereka gemari. Lebih penting lagi, luangkan masa bersama team dan meraikan setiap kejayaan. 

2. Kenali siapa pelanggan anda

Usahawan perlu mengenali pelanggan lebih baik daripada orang lain. Ini membantu untuk mengenal pasti paint point dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan. 

Jika bisnes kita bisnes yang berjaya, ini adalah kerana ada pelanggan yang membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang kita tawarkan. 

Bagaimana nak memenuhi keperluan mereka supaya mereka terus setia kepada jenama kita? 

Tanamkan dalam diri pelanggan adalah nadi perniagaan,ambil tahu apa yang mereka perlukan dalam produk kita untuk kehidupan mereka. 

Dengan menjaga keperluan mereka, pelanggan sudah tidak akan mencari pesing kita untuk membelanjakan wang mereka. 

3. Raikan keahlian pelanggan setia dengan program ‘member’s day’

Bina hubungan dengan pelanggan bukan sekadar dengan berkomunikasi. Jangan lupa, program meraikan keahlian pelanggan juga adalah cara terbaik untuk mereka setia dengan kita. 

Program ini adalah win-win situation. Perniagaan kita dapat pelanggan yang setia, pelanggan pula akan rasa dihargai dan istimewa. 

Selain itu kita juga boleh beri harga promosi kepada pelanggan yang setia atau berikan mereka hadiah di atas kesetiaan mereka. 

Jika pelanggan membeli secara online, jangan lupa berikan penghantaran percuma kepada mereka. Nampak kecil namun sangat memberi impak kepada perniagaan anda.

4. Teruskan berinovasi

Pasaran sentiasa berubah-ubah, masalah ekonomi datang dan pergi. Begitu juga dengan kehendak pelanggan yang tidak pernah tetap. 

Dahulu pilihan pelanggan bergantung kepada lokasi. Apabila internet mulai mendunia telah mengubah keseluruhan landskap perniagaan. Pandemik pula mempercepatkan transformasi digital. 

Anda perlu alert dengan situasi semasa dan komited kepada peningkatan yang berterusan dan tidak berkesudahan.

Jangan anggap kita sudah menjadi yang terbaik kerana kita perlu sentiasa berinovasi untuk memenuhi selera dan kehendak pelanggan dari masa ke semasa.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply