4 Cara Guna TikTok Untuk Promosi Perniagaan

4 Cara Guna TikTok Untuk Promosi Perniagaan

Wujud sejak 2018, hari ini TikTok platform media sosial yang sedang rancak dan semakin popular.

Selain Facebook, Twitter dan Instagram, TikTok turut menjadi medium pelbagai informasi dan maklumat yang diperoleh dengan hanya dihujung jari sahaja.

Aplikasi TikTok menjadi kegilaan Gen Z. Video yang terkandung dalam aplikasi ini mengandungi unsur pelajaran, pengetahuan, hiburan, masakan, seni dan sebagainya.

Jika anda menggunakan TikTok dengan betul, anda boleh memperkenalkan perniagaan atau produk anda kepada khalayak yang ramai.

Malah, menurut InfluencerMarketingHub, TikTok mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia, dan ia merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun untuk Apple pada Q1 2018.

1.   Kaji platform.

Untuk mengelak daripada dijauhi oleh pengguna di TikTok, anda perlu mempelajari platform tersebut.

Jadi anda perlu mengkaji jenis kandungan yang berfungsi di TikTok dan cara berinteraksi dengan orang lain di platform itu.

TikTok adalah mengenai kandungan yang menyeronokkan dan menarik secara visual.

2.   Cipta kandungan menyeronokkan

Memandangkan anda tahu TikTok adalah mengenai keseronokan dan kreativiti, tiba masanya untuk mencipta kandungan menyeronokkan dan kreatif.

Mencipta kandungan anda sendiri adalah salah satu cara yang paling mudah dan paling murah untuk mempromosikan perniagaan anda di TikTok.

Selain itu, salah satu faedah terbesar TikTok ialah anda tidak perlu membuat video yang sangat memerlukan editing tahap professional.

Hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja.

Walaupun video aneh popular secara meluas di TikTok, jangan cuba mencipta sesuatu yang keterlaluan jika itu bukan gaya perniagaan anda.

3.   Lancarkan cabaran hashtag

Satu lagi cara untuk mempromosikan perniagaan anda di TikTok ialah dengan melancarkan cabaran hashtag.

Cabaran hashtag ialah apabila anda menggalakkan pengguna TikTok membuat atau mencipta semula kandungan dan menambah hashtag berjenama anda padanya.

Sebagai contoh, jenama Guess adalah salah satu syarikat pertama yang melancarkan cabaran hashtag.

Mereka menggalakkan pengguna TikTok merakamkan diri mereka memakai barisan denim baharu Guess dengan hashtag #InMyDenim.

4.   Bekerjasama dengan TikTok influencers

Bekerjasama dengan TikTok influencer’s boleh membantu anda membuat hubungan dengan generasi pengguna itu.

Untuk mendapatkan hasil terbaik daripada pemasaran TikTok, pastikan penonton dan influencer sepadan dengan khalayak sasaran anda.

Jadi, jika anda belum install aplikasi ini jangan berlengah lagi.

Mungkin anda dapat mood dan menarik lebih ramai pelanggan baharu.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply