Tidak kira berapa lama seorang usahawan berada dalam industri, cabaran tetap ada.
Bangsa usahawan perlu sentiasa mengukuhkan jenama, mengatasi pesaing dan memastikan perniagaan sentiasa menguntungkan.
Tetapi bagi usahawan baru dan masih muda, terdapat beberapa cabaran unik yang amat sukar untuk diatasi.
Jika anda baru masuk ke dalam permainan ini, atau anda berfikir untuk menjadi seorang usahawan, bersedialah untuk berdepan empat halangan ini.
1. Meninggalkan kerjaya lain
Jika anda akan mendedikasikan diri anda untuk memulakan perniagaan sehingga berjaya, hampir mustahil untuk menguruskan kerjaya lain secara serentak.
Anda mungkin boleh menguruskan permulaan perniagaan secara sampingan, pada waktu malam dan hujung minggu, tetapi jika mahukan peluang untuk berkembang dengan ketara, selalunya anda perlu berhenti kerja harian anda.
Buatlah pilihan yang terbaik dan melakukan pertimbangan yang sewajarnya.
2. Membina pasukan
Ini amat sukar jika anda tidak pernah menjalankan atau mengurus pasukan sebelum ini.
Walaupun anda mempunyai pengalaman pengurusan, memilih pasukan yang sesuai untuk permulaan perniagaan kadang kala agak sukar.
Tidak cukup untuk mencari calon yang mengisi peranan tertentu, anda juga perlu mempertimbangkan kos perniagaan (melibatkan gaji), kesesuaian budaya dan cara mereka akan bekerja sebagai sebahagian daripada keseluruhan pasukan.
Pertimbangan sedemikian amat sukar apabila anda berada di bawah tekanan untuk mengisi jawatan tersebut secepat mungkin.
3. Menjadi seorang yang berwawasan
Sebagai pengasas perniagaan, anda akan menghasilkan pelbagai idea.
Apabila pesaing muncul, menjadi tanggungjawab anda untuk menghasilkan pelan tindak balas.
Apabila pasukan menghadapi halangan yang tidak dapat ditembusi, tugas anda adalah untuk menghasilkan rancangan alternatif supaya bergerak ke hadapan.
Ini menuntut pemikiran kreatif, idea untuk mengembangkan perniagaan dan mengatasi segala cabaran bagi memastikan wawasan anda tercapai.
4. Kesepian
Di awal perniagaan, anda mungkin akan bekerja berjam-jam. Mungkin di waktu ini anda jarang dapat meluangkan masa dengan keluarga dengan kerap.
Tak mustahil timbul rasa kesepian dan kesunyian.
Berkomunikasilah dengan baik bersama-sama insan tersayang. Mengelakkan anda atau mereka yang mengalami kesepian.
Pepatah Melayu ada menyatakan, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kesukaran yang anda hadapi hanya sementara, usaha gigih anda pasti berbaloi dan membuahkan hasil yang lumayan.
2 Comments
Ilmu yang bermanfaat
Semoga bermanfaat untuk Tuan.