Tidak kira berapa banyak alat dan taktik yang datang dan pergi seiring dengan evolusi teknologi, prinsip pemasaran asas tertentu akan terus kekal relevan merentasi masa.
Prinsip-prinsip ini ialah amalan terbaik di sebalik strategi pemasaran yang paling berjaya di mana ia berlaku daripada pembinaan komuniti hingga ke perkembangan revolusinya yang akan sentiasa berlaku.
Jika anda melihat kembali tokoh terhebat dalam sejarah perniagaan, mereka juga sememangnya sangat hebat dalam dunia pemasaran. Siapakah mereka?
1. Plato
Banyak yang boleh kita katakan tentang Plato. Secara umumnya, beliau dianggap sebagai tokoh paling penting dalam perkembangan falsafah barat. Beliau adalah pengasas Academy in Athens, institusi pengajian tinggi pertama di dunia Barat.
Beliau juga dikenali sebagai salah seorang pengasas agama dan kerohanian Barat, terutamanya agama Kristian. Jelas sekali beliau merupakan seorang usahawan dan pemimpin yang disegani.
Namun, apakah yang menjadikannya seorang pemasar yang hebat? Kehebatannya adalah beliau memberi tumpuan untuk mendidik masyarakatnya bagi melakukan tindakan.
Plato adalah seorang guru yang dapat membina pengikut yang hebat. Beliau mempengaruhi orang ramai melalui pendidikan.
2. Henry Ford
Pengasas Ford Motor Company, Henry Ford sudah pasti merupakan salah seorang pemasar paling berpengaruh dan penting dalam sejarah.
Beliau adalah seorang inovator sejati – perintis industri automobil. Beliau merupakan seorang pemasar yang sangat hebat kerana berjaya menjual gaya hidup berbanding produk.
Beliau menjual kebebasan kepada orang Amerika pada zamannya. Seperti yang dinyatakan di Wikipedia, “Ford menukar pandangan semua daripada ‘kenderaan hanya untuk golongan kayangan’ kepada kenderaan praktikal yang boleh digunakan masyarakat yang semestinya memberi kesan yang mendalam kepada landskap abad ke-20”.
Pengajaran yang beliau berikan kepada kita semua (lama sebelum Simon Sinek melakukannya) adalah untuk fokus pada “mengapa” dan bukannya “apa.”
3. Walt Disney
Merupakan perintis industri animasi Amerika, Walt Disney mengembangkan perusahaan medianya ke studio produksi dan pelbagai taman tema di seluruh dunia.
Menurut artikel dalam American Express Open, “untuk mencipta Disney World yang benar-benar luar biasa yang benar-benar dapat memasarkan dirinya sendiri, Walt Disney telah meminta para pekerja korporatnya dan taman tema bagi mencuba semua permainan terlebih dahulu sebelum dibuka kepada orang ramai.”
Beliau percaya bahawa menerapkan keaslian pada pengalaman ajaib adalah sangat penting dan beliau juga sangat menitikberatkan tentang perincian dan aspek kualiti. Walt ternyata mahu mencipta pengalaman yang dapat memasarkannya sendiri dengan testimoni yang sebenar!
Kejayaan yang telah dilakar oleh para tokoh ini ternyata masih disebut-sebut hingga ke hari ini. Sebagai usahawan, kita bolehlah mengambil contoh yang telah dilakukan mereka untuk diaplikasikan dalam bisnes yang diusahakan. Ia mungkin bukanlah semudah yang dibayangkan tapi yang pasti ia ternyata tidak mustahil untuk dilaksanakan.