3 Sebab Mengapa Tidak Boleh Mengalah!

3 Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Mengalah!

Seperti kebanyakan orang, kita mesti pernah ada keinginan untuk menyerah pada sesuatu. 

Matlamat itu mungkin kelihatan senang untuk dicapai namun perit jerih untuk menggenggamnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Bila cabaran dan dugaannya terlalu perit, rasa putus asa itu pasti datang menyapa.

 Ya, rasa mahu mengalah itu perkara biasa. Namun, untuk mengalah itu bukanlah satu pilihan.

Jangan terlalu mengikut perasaan jika anda tidak mahu menyesal di kemudian hari. Ini 3 sebab mengapa anda tidak boleh tewas dengan dugaan yang datang dalam perniagaan.

1. Anda akan sentiasa tertanya-tanya ‘bagaimana jika’.

Perasaan menyesal itu boleh menyerang anda dengan teruk. Bagaimana kalau aku terus bertahan? Mesti aku boleh capainya sekarang. Kalaulah aku tidak berputus asa, betapa berbezanya hidup aku sekarang?

Walaupun penyesalan adalah suatu perkara yang membuang masa, namun cuba fikirkan sebelum berhenti meneruskan impian anda. Bayangkan bagaimana hidup anda boleh berubah dan di mana anda boleh berada dalam setahun, dua atau lima tahun.

Jangan berikan masa depan anda peluang untuk menyesal kerana satu keputusan yang dibuat sekarang.

2. Anda mungkin berhenti sebelum menikmati kejayaan di depan mata.

Sering kali terjadi bahawa mereka yang berputus asa itu sebenarnya hanya selangkah lagi daripada kejayaan yang bakal digenggam.

Masa yang paling sukar adalah pencetus kepada kejayaan besar. Anggaplah ia merupakan ujian untuk memastikan ini betul-betul apa yang anda mahukan.

Teruskan! Ini semua tentang kepercayaan bahawa ia akan berjaya.

3. Keperitan perjuangan bukanlah sebuah kegagalan.

Kita mungkin telah dimomokkan bahawa perjuangan adalah sesuatu yang memalukan. Mentaliti sebegitu sebenarnya telah menghalang kita untuk lebih maju bergerak ke hadapan dan bersaing di pentas dunia.

Jangan pernah menganggap masa sukar itu sebagai kegagalan. Buang perkataan itu daripada kamus hidup anda.

Berhenti terlalu mengambil kisah tentang apa yang orang lain fikirkan dan percaya bahawa anda mampu melalui cabaran yang mendatang dan keluar dengan cara yang tersendiri.

Perjuangan sebenarnya membina karakter anda. Mungkin anda tidak dapat lihat hikmahnya sekarang tapi suatu hari nanti pasti segalanya akan menjadi jelas.

Berhenti menganggap perjuangan itu adalah sesuatu yang negatif tetapi lihatlah ia sebagai satu rahmat di jalan anda bagi menuju kejayaan besar yang menanti.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sering mengingatkan, di mana ada masalah di situ ada peluang. 

Sikap mudah menyerah kalah, bukan sifat orang berjaya. Boleh kecewa seketika, tapi bangkit untuk raih pencapaian lebih tinggi. 

Hari ini jika kecewa jualan tak memberangsangkan, jangan terus ambil keputusan nak ‘gulung tikar’. Setiap masalah pasti ada hikmah dan jalan penyelesaian. 

Artikel terbaru

Leave a Reply