Bila sebut mengenai kek, salah satu yang akan muncul dalam fikiran adalah Secret Recipe.
Secret Recipe Kek & Café Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Datuk Steven Sim yang merupakan seorang anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan.
Outlet pertama Secret Recipe terletak di SS2, Petaling Jaya. Di awal pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan.
Setelah berpuluh tahun beroperasi, bagaimana akhirnya Secret Recipe mempunyai lebih 440 restoran?
1. Unik
Tidak banyak perniagaan kek yang mempunyai restoran kek yang menggalakkan pelanggan untuk makan bersama keluarga di dalam kedai tersebut.
Sebelum ini, kebanyakkan kedai kek hanya untuk membuat kek manakala Secret Recipe mengambil langkah seterusnya dengan memenuhi makanan lain selain kek.
Sasaran mereka untuk menjadikan Secret Recipe sebagai kedai kek yang terunggul.
2. Pelan dan strategi yang jelas
Jika mahu perniagaan berkembang dengan baik, plan dan strategi jangka panjang mesti dirangka.
Buat plan untuk jangka masa 5 tahun dan 10 tahun akan datang.
Steven Sim memfokuskan pada strategi membina jenamanya untuk membezakan Secret Recipe dengan pesaing.
Ini termasuklah mencipta logo, memilih warna korporat bisnes, memperincikan strategi pemasaran dan menghasilkan uniform pekerja.
Menurut Steven Sim, membina jenama yang berjaya dan bertahan lama memerlukan usahawan mengenalpasti kekuatan yang ada pada jenamanya, memfokuskan strategi pada kekuatan tersebut, dan membinanya secara konsisten.
3. Sistem francais
Sistem francais Secret Recipe juga dikaji dan diterima. Mereka melancarkan pra-operasi dan memikirkan kelemahan dan cuba untuk memperbaikinya.
Kaedah ini diguna pakai kepada setiap negara yang mereka ingin masuki. Mereka meletakkan penyelidikan sebagai faktor penting yang berterusan.
Pada masa yang sama, Secret Recipe menjalankan kajian pasaran untuk meninjau permintaan sebelum memutuskan untuk membuka cawangan francais.
Pasukan research and development (R&D) juga akan menyelidik menu dan resipi untuk menghasilkan idea menu baru di masa akan datang.
Secret Recipe melabur dalam penyelidikan dan pembangunan sebagai salah satu elemen penting mereka.
Jangan lupa, ilmu juga amat penting untuk memastikan perniagaan kita sustainable.