3 Perkara Asas Bagi Menjadi Orang Berilmu

3 Perkara Asas Bagi Menjadi Orang Berilmu

Untuk berjaya dalam perniagaan, anda memerlukan minda yang aktif untuk respons terhadap masalah dengan lebih pantas dan perlu mahir menyelesaikannya. Pendek kata, keupayaan untuk berjaya selalunya ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatasi segala masalah yang mendatang.

Sesiapa sahaja boleh meningkatkan asas pengetahuan mereka, mengasah keupayaan intelek dan mempelajari kemahiran baharu.

Lebih banyak kita belajar dan lebih mendalam kita faham, maka lebih baiklah prestasi otak dan keupayaannya.

Dengan mengikuti tujuh petua ini, minda anda akan menjadi lebih cerdas dan keupayaan untuk berfikir juga akan meningkat.

1. Luangkan masa untuk membaca setiap hari

Minda adalah seperti otot; semakin banyak anda menggunakannya, maka semakin kuat jadinya.

Membaca adalah elemen penting untuk mengembangkan minda kerana ia adalah salah satu cara asas bagi kita belajar dan memperoleh ilmu pengetahuan.

Melalui pembacaan, anda boleh menerokai perkara baharu dan mengembangkan sisi kreatif dalam diri dengan imaginasi anda.

Perkataan, lisan dan tulisan adalah perkara asas dalam kehidupan sosial kita dan melalui kata-kata, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di dunia. 

Jika anda ingin mengembangkan pengetahuan anda dengan cepat, salah satu cara mudah ialah dengan mengecaj ilmu melalui bahan bacaan melalui melalui buku, bahan bertulis dan juga artikel dalam talian seperti ini!

Kebanyakan orang membaca pada kadar purata 250 patah perkataan seminit. Pada kadar itu, anda akan mengambil masa kira-kira enam minit untuk membaca artikel ini. Tetapi apabila anda membaca pantas, anda boleh mengurangkan separuh masa darinya.

Ingatlah, matlamatnya adalah untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak maklumat dengan pantas dan bukan hanya membaca melepasi perkataan tanpa memahami maknanya sepenuhnya.

2. Fokus untuk membina pemahaman yang lebih mendalam

Menjadi lebih bijak memerlukan lebih daripada sekadar menyerap maklumat kerana kebijaksanaan sebenar datang apabila anda memahami subjek secara mendalam.

Orang yang paling berjaya secara konsisten mengatasi orang lain kerana mereka dapat mempelajari kemahiran baharu dengan cepat, menyesuaikan diri dengan perubahan dan bekerja secara kolaboratif dan juga bebas.

Mereka menggunakan pengetahuan yang mendalam dan bermakna tentang dunia mereka dan pemikiran yang fleksibel untuk memahami masalah dan dengan cepat bagi mencari penyelesaian. Pangkalan pengetahuan mereka yang mendalam memberi mereka asas mengenai apa dan cara yang perlu mereka lakukan.

Jujurlah dengan diri anda tentang bidang yang anda lemah dan berusaha untuk mengukuhkan pemahaman anda tentangnya sehingga anda mempunyai asas kukuh yang boleh anda bina. Pengetahuan adalah kumulatif, jadi mulakan dengan asas.

Anda perlu mempunyai pemahaman yang kukuh tentang cara sesuatu berfungsi sebelum anda boleh membetulkannya. Adalah lebih baik untuk mempunyai pengetahuan yang luas dan juga menyelami sesuatu perkara bagi benar-benar memahaminya dengan sejelasnya.

3. Sentiasa menyoal dan mendapatkan penjelasan

Bertanya soalan adalah ciri paling penting untuk menjadi lebih bijak. Inovasi sentiasa bermula dengan bertanya soalan dan perasaan ingin tahu.

Terdapat nilai dalam bertanya soalan kerana ia adalah cara kita menolak sempadan dunia dan minda kita. Itulah sebabnya sangat penting untuk kita mengasah fikiran yang ingin tahu dan terbuka dengan segala perkara dengan cara sentiasa mempersoalkan segala-gala yang ada di sekeliling kita.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply