3 Peranan Usahawan Dalam Kemajuan Ekonomi Negara

3 Peranan Usahawan Dalam Kemajuan Ekonomi Negara

Buat mereka yang bergelar usahawan di Malaysia, peranan yang dipikul sangat besar untuk perkembangan dan kemajuan ekonomi negara.

Ciri-ciri seorang usahawan adalah seorang yang sanggup menanggung segala risiko yang dipertaruhkan demi kejayaan yang bakal dicipta.

Bak kata falsafah barat “usahawan adalah individu yang suka maksimakan peluang .” – Peter Drucker.

Semakin banyak peluang yang direbut, semakin tinggi risiko datang menghadap.

Itulah yang menjadikan diri seorang usahawan lebih kental dan bertenaga memacu misi serta visi perusahaannya.

Usahawan di negara kita tercipta dengan beberapa cara antaranya mereka sendiri yang mencari peluang di dalam sebuah organisasi, penglibatan kerajaan, pergaulan melalui rakan peniaga serta bermacam-macam lagi.

Sudah tentu para usahawan juga mempunyai peranannya yang tersendiri, iaitu:

1. Menguruskan, mengeluarkan, mengedar dan menanggung risiko

Senang cerita, semua yang berlaku di dalam syarikat usahawan perlu ambil tahu dan terlibat sekali secara langsung.

Mereka tidak boleh hanya bergantung harap kepada pekerja sahaja untuk menjalankan kerja. Usahawan perlu terlibat daripada proses awal sehingga akhir.

Antara prosedur yang melibatkan usahawan di dalam perusahaan adalah perbincangan idea, pengurusan sumber yang melibatkan pembekal, operasi bahan serta pemprosesan produk dan pengedaran.

Semua prosedur yang dinyatakan tersebut mempunyai risiko tertentu yang tidak dapat dijangka.

Usahawan yang memainkan peranan ini dengan baik dapat memberikan imej yang positif buat syarikat.

2. Menyumbang pembaharuan produk dan idea

Usahawan perlu sentiasa cergas dan pantas bagi menghasilkan idea baru demi membawa pembaharuan kepada perusahaan.

Idea yang muncul juga mestilah bernas, tidak semestinya ia terlalu unik dan kompleks.

Peranan ini memerlukan usahawan untuk sentiasa berfikiran terbuka dan melakukan pemerhatian agar idea tersebut mampu menyelesaikan masalah orang di luar sana.

3. Sediakan pilihan dan penuhi kehendak pengguna

Kita sebagai pelanggan sudah semestinya mempunyai citarasa yang tersendiri. Sudah tentu sebagai pengguna, lebih menarik jika perusahaan itu menyediakan pilihan.

Usahawan perlu kritis dalam membangunkan kepelbagaian bagi menarik hati dan perhatian pengguna.

Memang tugas seorang usahawan untuk menyediakan pilihan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Jika peranan ini diberikan perhatian sebaiknya, lebih banyak pelanggan dapat ditarik.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply