3 Pelajaran Boleh Dipelajari Usahawan Muda Daripada Sir Richard Branson

3 Pelajaran Boleh Dipelajari Usahawan Muda Daripada Sir Richard Branson

Adakah anda kenal siapa insan yang bergelar Richard Branson ini?

Sir Richard Charles Nicholas Branson adalah seorang tokoh usahawan yang berjaya di mana beliau adalah founder kepada Virgin Group yang mempunyai rangkaian lebih daripada 400 buah syarikat di seluruh dunia.

Branson menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang usahawan pada usia muda. Usaha perniagaan pertamanya, pada usia 16 tahun, adalah majalah yang bernama Student.

Apa yang usahawan muda boleh pelajari daripada beliau?

1.       Gagal akademik bukan gagal segalanya

Dapat keputusan peperiksaan tiada A atau kurang cemerlang akademik bukan bermakna anda akan gagal dalam segala aspek.

Jangan begitu, itu bukan pengakhiran hidup anda. Ketika berusia 8 tahun, Richard masih gagal membaca dan menulis huruf serta nombor.

Bakat dalam perniagaan sudah terserlah dalam jiwa Richard sejak dari bangku sekolah lagi. Ketika berumur 11 tahun, beliau telah menjalankan perniagaan sendiri bersama rakannya Nik Powell.

Mereka telah menjual serta membiak sejenis burung kakak tua yang dikenali “Budgerigars”. Ayah Richard telah memberi dorongan dengan membina kandang burung.

Jika lihat anak anda ada minat dalam bidang perniagaan, berilah sokongan dan doakan kejayaan buatnya.

Lihat pada diri, apa kelebihan kita. Jangan sia-siakan kelebihan yang dimiliki.

2.       Nota

Pen memang tak dapat dipisahkan dengan hidup Sir Richard Branson. Beliau gemar mencatit setiap idea yang terlintas di fikirannya.

Beliau akan mencatat idea di atas apa sahaja, kertas, meja, sapu tangan atau apa sahaja yang berada di depannya ketika itu.

Baginya, idea yang hadir sepintas lalu mungkin boleh mengubah nasibnya mahupun dunia!

Hari ini lebih mudah, telefon pintar selalu di tangan kita. Pelbagai aplikasi boleh dimanfaatkan.

Nak rakam suara pun boleh, tentang idea yang anda fikirkan.

3.       Luang masa bersama keluarga

Walaupun sibuk jangan lupa meluangkan masa bersama keluarga. Selalulah berhubung dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kejayaan kita.

Jutawan ini tidak pernah mengabaikan keluarga dan memastikan mereka bersarapan bersama pada setiap pagi.

4.       Bangunkan pasukan yang kuat

Richard Branson g mempunyai lebih daripada 400 rangkaian perniagaan dalam pelbagai sektor, bagaimana beliau boleh mengemudi pasukannya?

Di sini, anda perlu memiliki ilmu kepimpinan. Selain belajar daripada pengalaman sendiri, anda boleh menuntut ilmu kepimpinan menerusi bimbingan mentor yang mempunyai results.

Taklah banyak sangat anda langgar ‘tembok’ dan ‘road block’. Malah, boleh capai kejayaan dan merialisasikan impian dengan lebih cepat.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Farhana borhan

    Saya masih baru mulakn perniagaanmenjual baju lelaki..berkonsepkn islamic..sblm ni pernah gagal bnyk kali dlm perniagaan dn rugi bnyk..sy perlukan mentor untuk guid sy

    • Team RichWorks

      Hai Puan! Puan boleh hubungi kami untuk mendapatkan info lebih lanjut berkenaan program-program bimbingan yang kami sediakan. Hubungi Team kami di talian 0192442244 (Cik Hani).

Leave a Reply