Rangkaian filem Harry Potter sememangnya mendapat tempatan di hati jutaan pencinta filem terutamanya peminat setia francais filem itu.
Mengaut keuntungan mencecah billion dollar, siri filem yang diadaptasi daripada novel karya J.K. Rowling itu terdiri daripada lapan filem fantasi.
Bermula dengan Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001) sebelum diakhiri dengan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 pada tahun 2011.
Mengandungi pelbagai nilai murni di dalamnya, kami kongsikan 3 pengajaran daripada filem ini untuk renungan bersama.
1. Keberanian datang dalam pelbagai bentuk
Harry terpaksa mengumpulkan semua keberaniannya apabila dia mencari Voldemort di Hutan Larangan dan ini bukan satu-satunya jenis keberanian yang kita dalam lihat dalam keseluruhan cerita ini.
Sama ada anda menentang rakan anda kerana mereka melanggar peraturan seperti mana yang dilakukan oleh Neville, mengambil sehelai daun daripada buku Hermione atau memperjuangkan apa yang anda percayai walaupun tiada orang yang mengambil serius tentangnya, semua situasi mendemonstrasikan sikap keberanian dan ketabahan yang ada dalam diri masing-masing.
2. Tidak salah untuk meminta bantuan
Harry sering enggan meminta bantuan, walaupun dia benar-benar memerlukannya. Bila berdepan dengan masalah atau apa-apa situasi yang mendatang, dia selalu mencuba dan melakukan sesuatu secara bersendirian.
Mempunyai sifat terpuji, sikap ini bagaimanapun kadangkala menjerat dirinya dan nasib baiklah dia dapat menyedarinya awal sebelum ia memakan diri.
Dia mulai sedar bahawa bukan semua pertempuran kita boleh tangani seorang diri. Jangan pandang rendah pada kehebatan rakan lain kerana kebolehan mereka mungkin boleh mengejutkan anda.
3. Hadapi ketakutan anda
Walaupun ia menyeksakan, kadang-kadang kita perlu menghadapi ketakutan kita untuk mendapatkan apa yang diingini.
Situasi ini boleh dikaitkan dengan babak sewaktu Ron terpaksa ‘mengikut labah-labah’ untuk mencari penawar buat Hermione selepas terserempak dengan Basilisk manakala Harry pula terpaksa berhadapan dengan ketakutannya terhadap Dementor.
Selain itu, Ginny pula terpaksa berdepan dengan ketakutannya untuk bercakap dengan Harry bagi menarik perhatiannya dan Puan Weasley menghadapi ketakutan terbesarnya dalam hidup apabila kehilangan ahli keluarga yang sangat dicintai.
Kadang-kadang, kita tiada jalan lain selain menempuh jalan yang paling sukar bagi tiba ke destinasi yang ingin dituju. Di sinilah baru kita dapat ketahui betapa hebatnya diri kita tanpa disedari.
Sememangnya banyak nilai-nilai moral yang dapat kita pelajari menerusi siri filem Harry Potter ini.
Bukan sekadar hiburan fiksyen, ia juga boleh memberikan pengajaran yang begitu bermakna dalam hidup termasuklah buat bangsa usahawan sendiri.
Jadikan kisahnya sebagai iktibar agar anda juga boleh melawan ketakutan dalam diri walaupun tanpa menggunakan tongkat sakti!