3 Langkah Bagi Mengubah Hidup, Klise Tapi Betul!

3 Langkah Bagi Mengubah Hidup, Klise Tapi Betul!

Sememangnya tidak mustahil untuk kita belajar cara mengubah hidup dan menjalani impian yang diidamkan. Mungkin ia kedengaran seperti sebuah mimpi namun ternyata ia adalah realiti yang boleh dikecapi.

Jika anda melihat sekeliling, sentiasa ada seseorang di dunia ini yang dibesarkan di tempat, masa dan situasi yang sama seperti anda yang berjaya mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Namun begitu, perjalanannya mungkin tidaklah semudah yang disangka. Yang penting, anda terus bersemangat dan fokus untuk melaksanakannya.

Sama ada anda ingin tingkatkan motivasi, menjadi bos kepada diri sendiri, berpindah ke Itali dan belajar bahasanya, jatuh cinta dan membuka restoran, di sini kami sediakan panduan untuk anda melakukan satu titik perubahan dalam hidup.

Langkah 1: Buat Keputusan Untuk Ubah Hidup Anda

Ia mungkin kedengaran klise, namun ini mungkin bahagian paling sukar dalam situasi ini.

Ramai yang mahu membuat perubahan yang ketara dalam hidup, tetapi ia seolah-olah tidak pernah berlaku. Mengapa begitu?

Kerana sungguh sukar untuk melakukan tindakan bagi mengubah hidup anda. Sulit sungguh.

Malah, mengubah hidup mungkin merupakan perkara yang paling mencabar dan tidak selesa yang pernah anda lakukan.

Pada mulanya, ini boleh menjadi sangat menakutkan.

Bergantung pada sebab mengapa anda ingin mengubah hidup, impian anda mungkin membawa anda berpindah ke bandar atau negara di mana anda tidak mengenali sesiapa.

Anda mungkin perlu melepaskan persahabatan yang telah dibina selama bertahun-tahun untuk mewujudkan ruang bagi kenalan baharu atau mungkin anda perlu menukar kerjaya yang mantap bagi menaiki ‘roller-coaster’ keusahawanan.

Dalam erti kata lain, mengubah hidup bermakna anda akan membuat beberapa keputusan yang sukar. Jadi, seberapa teruk anda mahu mengubah hidup anda? Dan apakah yang anda sanggup lakukan untuk merealisasikannya?

Di saat anda memutuskan untuk benar-benar mengubah hidup anda secara bermati-matian, maka tiba-tiba hampir semua perkara dapat dilakukan.

Langkah 2: Belajar Keluar Dari Zon Selesa

Jika anda ingin belajar cara mengubah hidup anda sepenuhnya, bersedialah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada zon selesa anda. Intipati pertumbuhan adalah untuk bergerak melebihi apa yang anda alami sebelum ini.

Anda perlu memecahkan tembok baharu.

Billy Cox, pemain gitar bass Jimi Hendrix, pernah berkata, “Hidup hanya akan berubah apabila anda menjadi lebih komited kepada impian berbanding ketika berada di zon selesa anda.”

Benar katanya.

Jadi, biasakan untuk keluar dari zon selesa anda pada setiap peluang yang ada. Sebagai contoh:-

-Jangan memesan makanan yang sama dua kali

-Dengar genre muzik yang berbeza

-Tonton dokumentari yang membuka mata

-Daftar diri untuk kelas kecergasan

-Ambil laluan pulang yang berbeza

-Hantar mesej kepada seseorang yang anda sudah bertahun-tahun tidak berhubung

Terimalah perubahan pada setiap masa.

Langkah 3: Kenal Pasti Sebab Mengapa Anda Ingin Mengubah Hidup

Apabila anda mencari jalan untuk mengubah hidup, selalunya lebih mudah untuk bermula dengan menentukan perkara yang anda tidak mahu sebelum meneroka perkara yang anda mahukan.

Jadi, senaraikan aspek kehidupan anda yang tidak disukai.

Adakah anda benci pekerjaan anda? Adakah anda tidak menyukai tempat tinggal, kehidupan sosial atau perasaan anda pada kebanyakan masa? Adakah terdapat tabiat atau keadaan yang merosakkan yang ingin anda atasi?

Jangan memikirkan perkara-perkara ini atau terjebak dalam perkara negatif. Tulis sahaja dan teruskan ke langkah seterusnya dengan cepat bagi mendapatkan solusinya.

Akhir sekali, jangan tunggu waktu yang sempurna untuk bermula. Mulakannya sekarang!

Artikel terbaru

Leave a Reply