3 Kelebihan Kepimpinan Digital

Setiap syarikat memerlukan pemimpin yang boleh membuat keputusan dan menerima peluang digital untuk mengukuhkan lagi jenama mereka.

Pemimpin masa kini perlu memanfaatkan kuasa teknologi digital untuk mewujudkan budaya organisasi yang telus, relevan, bermakna, menarik dan memberi inspirasi.

Untuk menjayakan usaha ini, pemimpin mesti berani membuat perubahan dan menghapuskan rasa takut, salah anggapan dan pemikiran negatif berkaitan penggunaan teknologi seperti media sosial, peranti mudah alih, tapak web, email dan video untuk mencapai objektif perniagaan.

Berikut adalah 3 asas kepimpinan digital:

1.       Komunikasi

Pemimpin masa kini boleh menyampaikan maklumat kepada pelbagai pihak dalam masa yang sangat singkat melalui pelbagai jenis peranti dan media sosial.

Mereka tidak lagi melakukan kaedah tradisional dengan menulis surat atau membuat panggilan telefon secara individu.

Maklumat penting boleh disampaikan melalui pelbagai cara dalam masa yang sangat singkat dan percuma.

Mesyuarat juga boleh diadakan pada bila-bila masa dan tiada halangan lokasi dengan wujudnya pelbagai aplikasi seperti Zoom, Webex, dan Skype.

2.       Perhubungan Awam

Pemimpin berupaya berkongsi maklumat berkaitan organisasi dengan dunia luar pada bila-bila masa dengan membentuk asas platform perhubungan awam yang positif, seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Usaha ini menggalakkan pihak organisasi berkongsi semua perkara positif dengan masyarakat luar dan mewujudkan tahap ketelusan yang sangat diperlukan.

3.       Meningkatkan kepuasan pelanggan

Untuk perniagaan anda bertahan dan berkembang maju dalam persekitaran yang kompetitif ini, satu matlamat yang anda mesti sentiasa capai adalah untuk memuaskan hati pelanggan.

Pelanggan yang berpuas hati tidak akan mempunyai sebab untuk meninggalkan perniagaan anda untuk pesaing manakala pelanggan yang tidak berpuas hati akan mempunyai banyak sebab.

Bagaimana kepimpinan digital boleh membantu perniagaan untuk lebih memuaskan hati pelanggan?

Kini menjadi kebiasaan bagi pelanggan duduk di rumah membuat pesanan dalam talian. Mereka boleh membeli produk anda tidak kira di mana mereka berada atau di mana perniagaan anda berada. Itulah kemudahan! Kepimpinan digital boleh memberi anda jangkauan yang lebih luas.

Sehubungan itu, jadilah pemimpin digital yang bijak dan mengetahui kehendak semasa. Memandangkan dunia digital hari ini berkembang dengan pantas. Jangan ketinggalan!



5 Comments

Leave a Reply