Bangunan pencakar langit dengan rekaan moden, kawasan sekitar yang bersih dan tersusun serta kemudahan infrastruktur yang sangat mudah didapati dan digunakan, memadam semua sangkaan negatif tentang Shenzhen.
Bandar Metropolis dengan 13 juta penduduk ini rupa-rupanya sebuah kota yang sangat moden dan menjadi tumpuan pelancong. Ia dikatakan menjadi syurga membeli-belah barangan berjenama dan juga barangan berasaskan teknologi dan gadget.
Jika anda pernah tonton filem lama yang berplotkan China di zaman 50 tahun dulu, mungkin anda dapat gambarkan bagaimana keadaan kemiskinan dan daifnya China ketika itu.
1. Misi
Semuanya bermula dari satu misi. Misi pemerintah China untuk tidak lagi hidup dalam kemiskinan. Misi untuk tidak dipandang sebelah mata oleh negara barat dan misi untuk menakluk dunia, bukan dengan peperangan yang meragut nyawa dengan menawan ekonomi dunia.
Prosesnya tidak mudah. Ketika awal Pemerintah China membuka pintu kepada dunia luar dan menawarkan kerjasama perdagangan dan politik, ramai yang skeptikal. Suara mereka tidak didengari malahan ada yang menuduh mereka bertujuan untuk menyebarkan fahaman komunis.
2. Tidak berputus asa
Tapi China tidak berputus asa. Mereka terus menghasilkan results, terus menunjukkan kepada dunia luar kemampuan mereka dari segi menghasilkan teknologi baru untuk membantu orang ramai.
Tapi, masih isu yang buruk-buruk menjadi pilihan untuk digembar-gemburkan. China kemudiannya diterjah dengan isu barang yang dikeluarkan yang tidak berkualiti. Selain itu, isu plagiat dan isu melanggar intellectual property jenama lain.
Pun begitu ianya tidak melunturkan semangat Shenzhen dan China untuk mencapai matlamat menjadi pengeluar teknologi terbesar dunia pada tahun 2025.
3. Bersatu
Bersatu! Itu kata kunci yang menjadi kunci kejayaan Shenzhen. Mereka bersatu untuk terus menghasilkan teknologi terkini. Mereka tidak berhenti melakukan kajian dan sentiasa fikir apa cara terbaik untuk membantu manusia menggunakan teknologi.
Dengan terbangunnya Huawei Technology, Alibaba dan Tencent serta peningkatan jumlah export barangan teknologi ke luar negara berbilion USD, terciptanya teknologi 5G yang menggerunkan US dan Britain dan terbinanya 15 pusat kaji selidik Huawei di seluruh dunia, ini menunjukkan China tidak akan berpaling lagi dan tak akan berhenti.
Terkenal sebagai bangsa yang kuat semangat, rajin, kental dan results oriented, penduduk China kini boleh berbangga dengan tulisan ‘Made In China’ yang banyak ditulis di kebanyakan barangan berasaskan technology dan gadget yang membanjiri pasaran dunia.
Sebagai usahawan, banyak yang anda boleh pelajari dari kisah Shenzhen
Mungkin ada di antara anda yang anggap membina bisnes ini mudah.
Tapi tidak! Setiap bisnes dan perniagaan yang dibina ada journeynya yang anda perlu anda lalui. Shengzhen pun bermula dari tiada apa-apa sehingga ia menjadi bandar terkenal dan membangun.
6 Comments
1. Tetap misi perniagaan kita
2. Tidak berputus asa
3. Sentiasa bersatu dlm perniagaan
Terbaik! Semoga bermanfaat.
benar.. saya prnh ke shenzen.. trip bizz percuma syarikat Elken berkat hasil jualan produk
Wow! Bertuahnya puan. Jangan lupa kongsikan kepada lebih ramai orang. Semoga bermanfaat!
Point
1* tidak mengenali erti putus ada
2* berusaha sampai berjaya
3* berjumpa strategi yang betul Dan orang yang betul untuk Bina apa yang Shenzhen Dan cina ada sekarang
Bagus puan! Terima kasih atas Learning Points yang diberikan. Semoga bermanfaat!