Komunikasi yang berkesan adalah penting di mana-mana tempat kerja untuk memastikan perniagaan dan pekerjanya dapat memenuhi matlamat dan membina hubungan yang produktif, secara dalaman dan dengan pelanggan.
Bahasa memainkan peranan penting dalam komunikasi silang budaya.
Ia meresap melalui setiap aspek perusahaan multinasional dan membolehkan pemilik perniagaan memanfaatkan dunia baharu yang penuh dengan pelbagai peluang.
Memandangkan teknologi baharu menjadikan perniagaan global lebih mudah diakses, semakin banyak pemahaman tentang pelbagai bahasa akan terus terbukti bermanfaat.
Perbezaan bahasa boleh memberi kesan yang mendalam terhadap kejayaan operasi syarikat multinasional anda, dan menyesuaikan diri dengan bahasa baharu boleh meningkatkan keupayaan syarikat anda untuk menembusi pasaran baharu.
Jadi, apakah faedah mempelajari bahasa baharu kepada perniagaan anda?
1. Peningkatan kemahiran komunikasi
Dalam dunia keusahawanan, kita sentiasa mencari cara baharu untuk memperbaiki cara berkomunikasi antara satu sama, termasuk dengan pelanggan.
Mempelajari bahasa baharu ialah cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan berhubung secara silang budaya dengan pelanggan dan pekerja yang bahasa pertama mereka mungkin tidak sama.
Memandangkan orang ramai cenderung untuk berhubung lebih mendalam dengan individu dikenali, berkongsi kesamaan bahasa membantu mewujudkan hubungan peribadi yang lebih kukuh dari segi budaya dan akhirnya, perkongsian dan hubungan perniagaan dengan pelanggan asing.
Sementara itu, terjemahan kekal sebagai cabaran bagi kebanyakan perniagaan antarabangsa, dan salah penterjemahan frasa atau struktur ayat tertentu boleh menyebabkan banyak kekeliruan.
Kefasihan dalam bahasa ibunda pelanggan, dan bukannya menggunakan perkhidmatan penterjemah atau terjemahan, mewujudkan peluang untuk mencari hubungan kontekstual dan membentuk pemahaman yang lebih mendalam tentang pelanggan, perniagaan dan pemesejan mereka.
Menguasai pemahaman bahasa dan budaya boleh membantu mengelakkan salah faham yang disebabkan oleh berat sebelah dan prasangka peribadi.
2. Peluasan pasaran global
Beberapa CEO Amerika yang terkenal bercakap lebih daripada satu Bahasa seperti Stefano Pessina (Walgreens), Mark Zuckerberg (Facebook), James Quincey (Coca-Cola) dan Hubert Joy (Best Buy).
Mempunyai seseorang dalam pasukan anda yang bertutur dalam pelbagai bahasa meletakkan pemilik perniagaan dalam kedudukan yang unik untuk memanfaatkan pasaran global.
Dalam pada itu, membangunkan pemahaman yang lebih strategik tentang budaya yang diperlukan untuk membina strategi lebih baik untuk mengembangkan perniagaan anda di luar negara.
Ia juga boleh membantu memupuk hubungan pelanggan yang lebih baik dengan menunjukkan minat terhadap budaya dan pelaburan dalam bahasa mereka.
Syarikat yang berjaya berkomunikasi secara silang budaya mempunyai kelebihan daya saing, kerana mereka boleh menumpukan lebih banyak masa dan sumber menjalankan perniagaan daripada menavigasi isu komunikasi.
3. Peluang lebih kreatif dan pelbagai
Dunia terus berkembang setiap hari, halangan bahasa masih kekal, mengehadkan peluang perniagaan untuk kerjasama dan pertumbuhan merentas benua.
Multilingualisme merapatkan jurang budaya dan membuka pintu untuk peluang pelaburan,
Keupayaan untuk berkomunikasi dan memahami pekerja, rakan sekerja atau pelanggan adalah sangat penting dalam dunia perniagaan.
Bahasa adalah penting dalam usaha memahami dan mengembangkan pasaran.
Memahami kesan globalisasi terhadap komunikasi silang budaya adalah penting bagi organisasi yang ingin mencipta kelebihan daya saing dalam pasaran global.
Sebagai pemilik perniagaan dan peneraju dalam mana-mana industri, menggalakkan pembelajaran bahasa dalam kalangan pekerja ialah strategi yang boleh memberi manfaat yang ketara untuk perniagaan.
1 Comment
Alhamdulilah Syukur
Elmu yg di beri
Amin yrb
Tq Team Richworks
👍