3 Elemen Dalam Penceritaan Yang Boleh Bantu Kembangkan Bisnes Anda

Sejak dari zaman dahulu lagi, lumrah manusia memang sangat suka mendengar dan menonton sebuah cerita.

Tidak kiralah kisah benar mahupun kisah dongeng, impaknya ternyata boleh menjadi sesuatu yang sangat bermakna kepada seseorang itu.

Bukan itu sahaja, sebenarnya elemen penceritaan ini kita boleh gunakan bagi mengembangkan bisnes sedia ada.

Nak tahu bagaimana? Ikuti 3 elemen penceritaan ini yang boleh membantu menaikkan jenama anda.

Elemen penceritaan #1: Seorang wira

Dalam bukunya, The Hero with a Thousand Faces, pengarang Joseph Campbell membentangkan apa yang kini kita semua panggil “The Hero’s Journey.”

Bagi memudahkan anda memahaminya, cuba bayangkan situasi ini. Seorang wira yang sedang selesa di rumah tiba-tiba mendapat panggilan untuk ke sebuah pengembaraan.

Lantas dia meninggalkan rumah, menghadapi cabaran dan pulang ke rumah sebagai individu yang lebih hebat. Kisah ini sering diguna pakai dalam buku dan filem, dari The Hobbit, Star Wars hinggalah ke Harry Potter.

Walau bagaimanapun, walaupun setiap cerita memerlukan wira, ramai usahawan melakukan kesilapan adalah dengan menganggap mereka atau syarikat mereka adalah wira.

Seperti yang dijelaskan oleh Donald Miller dalam bukunya Building a Story Brand, “Apabila kami meletakkan pelanggan kami sebagai wira dan diri kami sebagai panduan, kami akan diiktiraf sebagai sumber yang dipercayai untuk membantu mereka mengatasi cabaran mereka.”

Pelanggan anda ialah Bilbo Baggins, dan anda adalah Gandalf. Anda adalah Obi-wan Kenobi kepada Luke Skywalker. Anda mungkin juga menjadi Dumbledore dan pelanggan anda adalah Harry Potter.

Teknik ini telah membantu sekurang-kurangnya seorang usahawan mengumpul lebih $8 bilion untuk pelanggannya.  

“Apabila kami membantu pelanggan kami mengumpul wang, kami memberitahu mereka untuk menjadikan prospek mereka sebagai wira,” kata Stacy Havener, Ketua Pegawai Eksekutif Havener Capital Partners, menjelaskan bahawa dalam satu kes, strategi itu menghasilkan komitmen $10 juta selepas hanya satu pertemuan awal.

Elemen penceritaan #2: Satu cabaran

Tiada cerita yang lebih membosankan daripada, “Kami mahu melakukan XYZ, jadi kami pergi bekerja, dan kami melakukannya.” Di mana keterujaan dalam itu?

Usahawan terdorong untuk bercerita sebegini kerana kita tidak mahu mengaku pernah menghadapi sebarang cabaran. Kita mahu pelanggan percaya bahawa jika mereka bekerja bersama, semuanya akan berjalan dengan sempurna, tanpa sebarang gangguan.

Walau bagaimanapun, apabila kita meninggalkan elemen penting ini dalam penceritaan, kita bukan sahaja menyembunyikan kebenaran, malah sebenarnya telah ‘menembak mati’ diri sendiri kerana telah kehilangan peluang hebat untuk menunjukkan kepada pelanggan sesuatu yang penting tentang diri kita bahawa bagaimana kita mengatasi sesebuah cabaran itu.

Elemen penceritaan #3: Satu pengajaran

Apakah elemen ketiga dalam mencipta kisah keusahawanan anda yang berjaya? “Kemenangan, sudah tentu!” Maaf, jawapannya salah.

Bercerita tentang cara anda menghadapi cabaran dan berjaya mengatasinya boleh membantu, tetapi ia tidak sepenting daripada bercakap tentang pelajaran yang anda pelajari daripada cabaran itu.

Pernah dengar seseorang bertanya, “Apakah moral cerita itu?” Jika anda pernah membaca siri buku Aesop’s Fables, anda pastinya tahu bahawa dalam setiap dongeng, Aesop menyertakan pengajaran, sesuatu yang praktikal yang boleh dipelajari oleh pembaca dan diaplikasikan dengan mudah dalam kehidupan mereka sendiri.

Memasukkan pengajaran dalam cerita dapat menunjukkan kepada mereka bahawa jika berlaku masalah semasa mereka bekerja dengan anda, anda cukup bijak untuk bukan sahaja membetulkannya malah memastikan ia tidak akan berlaku lagi. Ironinya, dengan berkongsi cabaran atau kesilapan masa lalu, anda membina keyakinan pelanggan terhadap diri dan syarikat anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “3 Elemen Dalam Penceritaan Yang Boleh Bantu Kembangkan Bisnes Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

2 Comments

  • DRK

    Antara terbaik dari RICHWORKS. Menjadi sumber rujukan dan motivasi.
    Cuba dapatkan pengembaraan dari our PM10 DSAI, saya percaya sangat banyak yang boleh dkongsi.
    24 tahun bukan masa yg singkat.
    From Jail to PUTRAJAYA

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Alhamdulillah, semoga memberi manfaat kepada semua! In Sya Allah, akan banyak lagi sharing yang akan dikongsikan.

Leave a Reply