3 Cara Yang Membahagiakan Untuk Belanjakan Wang

3 Cara Yang Membahagiakan Untuk Belanjakan Wang

Adakah wang yang anda ada membuatkan anda lebih bahagia atau dapat membeli kebahagiaan? 

Adakah tahap kewangan anda kini sudah mampu membuatkan anda dapat menjalani kehidupan yang lebih memuaskan? 

Sebenarnya jika anda menggunakan wang di jalan yang betul, ia boleh membawa kebahagiaan kepada anda kerana wang dan kebahagiaan adalah sangat berkait rapat. Namun, anda tidak perlu menjadi jutawan untuk membeli kebahagiaan.

Menurut kajian, orang ramai akan mempunyai “kestabilan emosi” apabila mempunyai pendapatan untuk menyediakan keperluan paling asas seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

Jumlah pendapatan yang tinggi membolehkan anda bebas kewangan dan dapat menikmati kehidupan tanpa bimbang tentang bagaimana nak jalani kehidupan ini. 

Sementara itu, pendapatan rendah akan meningkatkan tekanan emosi akibat ujian hidup yang tidak dapat diselesaikan kerana menghadapi masalah kewangan.

Walau bagaimanapun tidak kira di mana tahap kewangan anda, membelanjakan wang anda dengan cara ini akan membawa anda rasa kepuasan yang lebih besar dalam hidup.

3 cara membelanjakan wang dan akan membuat anda lebih gembira

1. Belanja orang lain

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” – HR Ibn Hibban

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Kajian di University Harvard  yang dijalankan di lebih 100 buah negara mendapati sama ada kaya atau miskin, orang yang bersedekah hidupnya akan menjadi lebih bahagia. 

Kebahagian itu akan bertambah di saat kita dapat melihat pemberian kita sangat berguna untuk orang yang menerima dan mereka hargainya.

Sama seperti jika anda memberi hadiah kepada seseorang, saat dia membuka hadiah itu pasti anda ternanti-nanti reaksi wajah orang yang menerima. 

Anda pasti mengharapkan mereka gembira dan kegembiraan mereka sudah tentu menjadi kebahagiaan anda sebagai pemberi hadiah  tersebut.

2. Belanja untuk pengalaman

Asyik membeli barangan untuk kepuasan diri, selepas itu tak digunakan. Lama kelamaan anda akan mula berasa bosan dan barang di dalam rumah semakin banyak. 

Apa kata kali ini gunakan duit anda untuk sesuatu yang akan meninggalkan kenangan dalam hidup dan boleh dikongsikan sehingga ke anak cucu. 

Pengalaman adalah suatu perkara yang berharga. Orang lain tak boleh membeli pengalaman anda tetapi kena laluinya sendiri. 

Membelanjakan wang untuk pengalaman menjadikan kita lebih bahagia daripada membelanjakan wang untuk barangan demi kepuasan diri sendiri.

3. Beli masa anda

Tunggu, bukankah masa adalah perkara yang tidak boleh dibeli, jadi macam mana nak membeli masa?

Ya, anda sememangnya tidak boleh membeli masa, namun anda boleh membeli sesuatu untuk masa anda.

Sebagai contoh, anda tinggal di Shah Alam dan bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari anda akan melalui kesesakan lalu lintas dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kerja. 

Anda ada pilihan untuk membeli kereta mewah dengan tempat duduk yang selesa atau anda boleh memilih untuk membeli atau menyewa rumah yang berhampiran tempat kerja anda. 

Jika anda memilih untuk kereta mewah, maka masa anda akan banyak terbuang di jalan raya atau anda boleh keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

Jika anda memilih untuk membeli atau sewa rumah yang berhampiran tempat kerja, anda dapat menjimatkan masa perjalanan pergi dan balik. 

Masa itu anda boleh habiskan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat seperti majlis ilmu, riadah bersama orang yang tersayang, manjakan diri sendiri dan macam-macam lagi perkara yang membahagiakan. Pilihan di tangan anda.

Membeli masa adalah apa yang anda sanggup korbankan untuk dapat masa yang berkualiti. 

Apabila anda mempunyai lebih masa, anda boleh lakukan banyak perkara yang memberi lebih kepuasan pada diri sendiri.

Tak semua orang mampu membeli sesuatu dengan mudah. Tapi cuba fikirkan kembali, adakah anda telah menggunakan masa dengan baik? Adakah ia membahagiakan dan tak perlu untuk mengubah apa-apa? 

Jika ya, terus lakukannya. Jika tidak, pertimbangkan semula nilai masa yang anda ada dan laluinya dengan lebih baik. 

Anda yang tentukan cerita hidup anda

Apa-apa pun, kebahagiaan anda bergantung kepada diri anda sendiri. Jika perlu ubah, ubahlah agar hidup anda boleh berubah. 

Paling penting dalam perjalanan anda menuju ke arah bebas kewangan, pastikan anda sentiasa memupuk rasa syukur dalam diri kerana ini adalah kunci untuk mengekalkan kegembiraan.

Di mana sahaja tahap kewangan anda sekarang, semoga anda sentiasa dilimpahi dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Artikel terbaru

5 Comments

  • Yusri Ali

    Pelajaran yg boleh diambil melalui pengalaman hidup sendiri adalah lebih banyak “memberi” (wang, masa, tenaga, buah fikiran, nasihat baik, senyuman, dsb) terutama sekali pada saat kita mengharapkan sangat-sangat untuk menjadi kaya ( atau sekurang-kurangnya bebas kewangan).

    Tabiat seperti ini akan menghasilkan “pulangan” yg setentunya akan disyukuri untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

    Semuanya dengan izin Allah jua.😌

  • ANIJI MUSA

    1) Terapkan rasa syukur didlm diri. Nampak mudah tetapi tak senang. Sebab manusia ni selalu tak puas dgn apa yg ada.
    2) Selalu bersedekah.
    3) Disiplin dan cuba belajar utk menjaga masa agar lebih banyak benda bermanfaat yg kita boleh buat.

  • norita

    Terima kasih untuk tips bahagia berbelanja. Pertama kali saya baca beli masa🤦‍♀️ Memang sebenarnya banyak perkara perlu berbelanja dengan bijak👍

  • Sudah tentu ya masa yg perigi tak kan kembaliagi. Orang yg leka Dan tanpa sedar buat perkara yang merugikan masa mereka sendiri.
    Sifat suka menagguhkan masa a pa rasa bersalah pada diri sendiri.
    Andai tahu masa itu berharga, 10 minit itu sebenarnya duit trlepas mcmtu sahaja, sebab itulah bezanya
    Orang kayak Dengan Orang

  • Sudah tentu ya masa yg perigi tak kan kembaliagi. Orang yg leka Dan tanpa sedar buat perkara yang merugikan masa mereka sendiri.
    Sifat suka menagguhkan masa a pa rasa bersalah pada diri sendiri.
    Andai tahu masa itu berharga, 10 minit itu sebenarnya duit trlepas mcmtu sahaja, sebab itulah bezanya
    Orang kaya dengan biasa2, masa, same je 24 jam sehari tapi caranya kehidupan sgt berbeza, sebab Orang Sgt menghargai masa, takkan buang masa bergitu sahaja tanpa membuat
    Sesuatu perkara kebaikkan dan me bawa keuntungan pada diri mereka sendiri.

Leave a Reply