Adakah anda memerlukan wang tunai tambahan, membuat lebih banyak wang untuk membayar bil penting atau ingin memanjakan diri di akhir bulan?
Kadang-kadang mungkin kita akan berasa terbeban dengan segala komitmen yang ada hingga terpaksa mencari jalan lain untuk mendapatkan wang.
Namun, tanpa disedari permasalahan itu sebenarnya dapat membawa anda ke titik seterusnya dalam hidup iaitu dengan membuatkan kita bergelar usahawan ‘tanpa sengaja’.
Tak perlu runsingkan kepala fikir nak jual apa, terdapat banyak cara sebenarnya yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan wang dengan cepat. Teruskan membaca untuk mengetahui kaedahnya.
1. Jual barangan anda di internet
Jika anda ingin menjana wang dengan cepat, salah satu cara terbaik adalah dengan hanya menjual barang-barang terpakai yang anda miliki. Adakah pakaian lama, barang elektronik, buku dan barang perkakas memenuhi ruangan rumah anda?
Jika ya, anda boleh menjualnya di internet seperti di platform Carousell, Facebook Marketplace, Instagram dan banyak lagi.
Tak perlu dah buat ‘garage sale’ seperti dulu!
Setiap platform membolehkan anda menyenaraikan item yang ingin dijual kepada orang di kawasan setempat anda. Jika item itu berharga atau dalam keadaan baik, anda akan mendapat beberapa tawaran untuk item tersebut dalam masa beberapa hari.
Kemudian anda boleh memutuskan sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau terus mencari bidaan yang lebih baik.
Menjual barangan anda menggunakan platform dalam talian ialah cara terbaik untuk menyingkirkan barangan seperti kereta, pakaian dan banyak lagi.
2. Mulakan pemasaran affiliate
Pemasaran affiliate ialah jenis pemasaran dalam talian yang unik di mana anda, pemasar affiliate dan blogger mengiklankan produk serta perkhidmatan rakan kongsi melalui blog anda atau kandungan e-dagang lain.
Kemudian, apabila pelanggan mengklik salah satu pautan ke produk atau perkhidmatan tersebut dan membuat pembelian, anda akan memperoleh keuntungan daripadanya.
Pemasaran affiliate ialah cara terbaik untuk menjana wang dengan pantas jika anda sudah mempunyai blog yang aktif.
Anda juga boleh menyertai program affiliate popular seperti di Shopee dan TikTok dengan menyertakan pautan pembelian dalam setiap hantaran anda.
Jika anda sudah mempunyai jumlah pengikut yang ramai, maka lebih mudahlah kerja anda. Namun begitu, anda tidak perlu khuatir jika anda tidak mempunyai pengikut laman sosial kerana perkara tersebut boleh dibina.
3. Menyediakan homestay di Airbnb
Airbnb ialah aplikasi yang sangat popular untuk pemilik rumah dan atas sebab yang baik ia membolehkan mereka menyewakan hartanah yang mereka tidak gunakan untuk pengembara dan pelancong yang datang ke kawasan mereka.
Dengan menjadi hos tetamu di Airbnb, anda boleh menjana wang dengan cepat kerana anda akan menerima pendapatan anda sebaik sahaja tetamu anda tiba.
Namun begitu, menjalankan perniagaan Airbnb ini juga ada cabarannya yang tersendiri kerana anda bertanggungjawab untuk memastikan tempat penginapan itu tersedia untuk tetamu dan memastikan mereka mempunyai segala yang mereka perlukan untuk berseronok.
Selepas tetamu beransur, anda perlu memastikan bahawa lokasi itu tersedia pula untuk tetamu seterusnya yang datang berkunjung.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai bilik tidur yang tidak digunakan, terdapat banyak potensi untuk membuat banyak wang tunai dengan menyewakannya di Airbnb.
Ia juga merupakan penggunaan ruang yang lebih produktif daripada hanya membiarkannya kosong tanpa penghuni.
1 Comment
Hebat perkongsian ini. terima kasih. tak terfikir akal nak jual barangan peribadi yg masih elok😅. Biasanya sedekah atau kitar semula🤗