Tekanan selalunya disebabkan oleh tahap aktiviti yang tinggi dalam tempoh masa yang berterusan.
Produk tak laku, sedang sibuk urus perniagaan anak pula tak sihat, staf buat perangai dan macam-macam lagi punca yang mendorong kepada tekanan.
Banyak perniagaan di luar sana mula gulung tikar disebabkan tekanan. Lebih-lebih apabila masalah tersebut melibatkan isu kewangan.
Ada pula yang sanggup meminjam wang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kesannya, hidup anda dan keluarga akan diancam sehingga mengganggu kesejahteraan dan meningkatkan lagi tekanan sedia ada.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, stres ditakrif sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi seseorang berikutan sesuatu peristiwa silam yang berlaku pada mereka samada dari segi emosi mahupun fizikal.
Jadi apa jalan terbaik untuk uruskan tekanan ini?
1. Mengenal pasti masalah dihadapi
Apabila anda mula rasa tertekan dengan apa sahaja masalah yang dihadapi, pastikan untuk anda tahu punca kepada masalah yang berlaku.
Daripada punca masalah itu barulah anda boleh rancang jalan penyelesaian.
Bukan setakat itu sahaja, kenal pasti juga tahap masalah yang anda hadapi.
Tentukan sama ada masalah tersebut boleh ditangani dengan kadar segera atau memerlukan masa dan perancangan yang lebih teliti.
Jika anda tidak membuat penilaian ini, mungkin masalah tidak akan dapat diselesaikan bahkan lebih banyak masalah yang akan menimpa.
2. Minta nasihat pakar perniagaan
Adakah anda mempunyai sesiapa rakan atau idola dalam dunia perniagaan ini?
Jika tiada, inilah masanya untuk anda meminta nasihat daripada pakar perniagaan.
Di zaman yang serba moden ini tidaklah sukar untuk anda mencari seseorang yang boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah.
Mungkin ini juga peluang terbaik untuk anda memperlajari dengan lebih mendalam tentang dunia perniagaan.
Tapi nak berguru pun, biarlah dengan guru yang betul. Ada proven results. Jangan tak selidik apa-apa tentang guru anda.
Tak mahu anda dah keluarkan modal, tetapi tak ada results. Bertambah stres pula jadinya.
3. Berdoa dan dekatkan diri dengan Allah
Tahukah anda jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT.
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Kawal tekanan anda sebaiknya. Bersama-sama insan tersayang dan circle yang membuatkan anda kekal positif setiap masa.
Walau anda ada masalah, jika bersama guru dan circle yang betul pasti masalah anda dapat diatasi dengan mudah dan segera menemui jalan penyelesaian.