2020: Bisnes Anda Masih ‘Merangkak’ Atau Dah ‘Terbang’?

Pada era digitalisasi ini, corak pemasaran dalam bisnes ada banyak perubahan. Platform pemasaran moden mendapat tempat di hati pelanggan. Pemasaran digital ini lebih memudahkan urusan jual beli pelanggan dengan menjimatkan masa, kos perjalanan ke kedai, boleh membuat perbandingan harga antara kedai dengan lebih mudah dan menjimatkan tenaga dengan hanya berurusan hujung jari sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat pro dan kontra dalam pemasaran digital ini. Hal ini perlu diambil berat oleh pengurus pemasaran/marketing. Pengurus pemasaran boleh mengatasi situasi ini dengan bijak jika anda ‘understand the game’.

Kuasai 4 kemahiran dalam pemasaran digitalisasi ini:

1. Kuasai media sosial

Media sosial adalah platform mudah yang sering digunakan dalam pemasaran era digitalisation masa kini seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, dan sebagainya. Media sosial juga telah menjadi platform pemasaran utama bagi semua peniaga kerana tidak perlu mengeluarkan kos perniagaan yang banyak, malah media sosial ini adalah percuma. Pengurus pemasaran perlu kuasai semua platform percuma ini dan gunakan sebaiknya.

Tanpa mengeluarkan kos sewaan kedai, media sosial boleh menjadi platform pelbagai jenis perniagaan sama ada produk atau servis. Hal ini memberi peluang kepada semua orang untuk berniaga dengan ‘Zero Kos Marketing’ dan kembangkan perniagaan kecil anda tanpa mengeluarkan kos yang banyak dan mendapat keuntungan yang berganda. Platform percuma ini secara tidak langsung telah meluaskan perniagaan anda ke seluruh dunia. Walaubagaimanapun, untuk menguasai platform percuma ini dengan baik, anda perlu belajar dengan mentor yang mempunyai ilmu dan berpengalaman.

2. Kuasai E-commerce

E-commerce adalah sistem dagangan digital yang popular dan digunakan oleh hampir setiap peniaga pada masa kini. E-commerce memudahkan pelanggan melakukan urusan jual beli secara online. Kebanyakan pelanggan memilih untuk menggunakan website atau aplikasi kerana mudah untuk membuat urusan pembayaran dan boleh membeli-belah dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Pelanggan bebas membeli-belah mengikut masa mereka. Dalam menguasai platform e-commerce ini, pelbagai aspek perlu dititikberatkan terutamanya kepercayaan dan kepuasan pelanggan terhadap produk dan servis yang anda berikan kepada mereka. Hal ini kerana mereka tidak dapat merasai dengan nyata produk yang anda jual kepada mereka.

Pengurus pemasaran perlu tahu strategi dan taktik yang boleh digunakan supaya pelanggan percaya dan tertarik untuk membeli dengan anda. Platform e-commerce ini bergerak seiring dengan kemajuan media sosial dalam perniagaan. Untuk menjadi antara pengurus pemasaran yang berjaya, anda perlu menguasai kedua-dua platform digital ini.

3. Kemampuan berkomunikasi

Salah satu kemahiran penting sebagai seorang pengurus pemasaran adalah kemahiran berkomunikasi. Cara anda menyampaikan mesej dan berinteraksi dengan pelanggan anda adalah perkara yang paling utama untuk menentukan pelanggan anda berminat atau tak.

Komunikasi terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya komunikasi secara lisan, komunikasi bukan lisan, dan komunikasi menulis. Komunikasi secara lisan dipengaruhi dengan beberapa aspek seperti intonasi suara, perkataan yang anda gunakan dan cara anda bercakap. Komunikasi bukan lisan dilihat melalui gaya bahasa tubuh anda seperti cara anda berinteraksi dengan mata pelanggan, penggunaan isyarat tubuh badan dan personaliti diri anda. Komunikasi dalam bentuk penulisan pula berkaitan dengan gaya bahasa, fakta yang disampaikan dan cara penulisan anda. Adakah anda fahami dan ikuti cara penulisan zaman digital ini. Sekiranya tidak fahami dan mengikut rentak pembaca, penulisan anda tidak akan mendapat perhatian.

4. Cipta content yang menarik

Kunci utama pemasaran digital adalah dengan mencipta content yang bermanfaat dan dapat menarik minat pelanggan. Content terdiri daripada pelbagai bentuk seperti penulisan, video, visual dan sebagainya. Content yang baik adalah apabila orang yang melihat, mendengar, merasai, dan bercakap akan bertindak dan berinteraksi dengan content anda selepas itu. Hal ini kerana pelanggan tidak dapat berjumpa dengan anda secara nyata, mereka hanya bergantung kepada cara anda menyampaikan content atau mesej bisnes anda.

Selain daripada ada idea yang menarik dan kemahiran yang bagus, untuk mendapatkan cara penyampaian content yang menarik, anda perlu belajar dan mencari mentor yang boleh guide anda. Setiap orang mempunyai cara penyampaian content yang berbeza. Anda boleh mendapatkan ilmu dan perkongsian dari mentor anda supaya anda dapat menghasilkan content yang menarik dan berilmu. Pelbagai formula penulisan moden yang boleh anda gali dan praktikkan. Pilihan di tangan anda untuk mulakan perubahan mencipta content yang ada value, ‘is now or never’.

Sebagai pengurus pemasaran, anda masih merangkak atau dah terbang dalam menguasai pemasaran era digitalisasi ini? Anda mahukan kejayaan dalam bisnes anda? Kuasai 4 kemahiran digital ini.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply