Pada 13 Jun lalu, genaplah 13 tahun saya mengukir nama di persada perniagaan tanah air. Melalui tampuk sebuah syarikat kecil yang diasaskan oleh saya sendiri bernama RichWorks, hingga syarikat kecil ini sekarang mampu berdiri megah mengibarkan panji semangat lebih 1.1 juta orang usahawan yang gigih menimba ilmu bersama kami.
Tiada kata yang dapat saya zahirkan untuk menggambarkan betapa bersyukurnya saya ke hadrat Allah atas peluang dan tanggungjawab yang diberikan.
Jika menoleh kembali, 13 tahun bukan tempoh masa yang mudah. Onak dan duri sentiasa ada di setiap perjalanan dan pastinya bersilih ganti dengan manisnya kejayaan dari setiap perjuangan yang saya pertahankan.
Turut menjadi kebanggaan adalah melihat wajah-wajah mereka yang bernaung di bawah kami menggapai kejayaan yang diimpikan. Tangisan bahagia dan senyuman bangga mereka adalah pencetus semangat untuk saya tidak putus asa dalam setiap tindakan.
Sesuatu yang harus saya akui dalam 13 tahun yang penuh pancaroba ini ialah, terlalu banyak perkara yang saya turut pelajari. Terlalu banyak pengajaran ditimba daripada pemerhatian dan apa yang saya sendiri lalui.
Bagi anda yang tertanya bagaimana kami bermula, hari ini saya akan kongsikan pengajaran berharga saya. Inilah pengalaman paling legit yang terbukti mampu memacu perniagaan yang saya usahakan mahupun perniagaan anak didik saya sendiri. Saya akan kongsikan semua ini buat pedoman sesiapa pun anda atau apa pun perniagaan anda.
13 TAHUN MEMBUKTIKAN SEGALANYA BERMULA DENGAN MATLAMAT
Dari pemerhatian saya, semua peniaga mahukan hasil dari perniagaan namun ramai yang gagal meletakkan matlamat yang jelas. Matlamat ini penting umpama satu sasaran yang wajib dicapai dalam tempoh masa yang diidamkan.
Jika matlamat ini digabungkan dengan kemahuan yang tinggi, ianya akan menjadi satu tenaga luar biasa untuk membuat tindakan luar biasa sekaligus mencapai hasil luar biasa.
Namun ironinya, semua ini tidak akan bermakna tanpa menthor atau guru. Dalam perniagaan, sehebat mana atau sebesar mana modal anda laburkan, ianya tidak bermakna tanpa ‘coaching’ yang betul.
Saya telah melihat berapa ramai peniaga bersikap langgar dinding, sudah terhantuk baru terngadah. Modal yang banyak hangus begitu saja dan masa menjadi sia-sia.
Hakikatnya,tidak ada sesiapa pun boleh berjaya tanpa dibimbing. Tiger Woods dibimbing dari kecil oleh ayahnya sendiri, Earl Woods. Wira badminton kita Datuk Lee Chong Wei cemerlang di bawah kewibawaan jurulatih Datuk Misbun Sidek.
Tanyalah sesiapa pun yang megah namanya di persada negara mahu pun dunia, mereka perlukan coach atau menthor dalam apa jua bidang diceburi termasuk peniagaan. Termasuklah saya sendiri.
Saya mampu berada di tempat saya sekarang adalah kerana guru dan mentor saya. Tidak kira ilmu dunia atau akhirat, guru adalah pemacu untuk langkah kemas dan matlamat tidak tersasar. Matlamat, kemahuan tinggi dan mempunyai pembimbing adalah resepi utama untuk berjaya. Itulah prinsip yang kami pegang saban hari.
13 TAHUN BERMULA DENGAN EMOSI SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT
Semua orang melalui pelbagai dugaan hidup yang tersendiri. Tidak ada manusia yang tidak diduga seperti mana tidak ada manusia diciptakan sempurna. Namun sayang sekali jika sesorang manusia itu di saat tercetusnya emosi akibat diduga hebat namun tidak digunakan sebagai cabaran untuk ubah hidup lebih baik.
Lebih merugikan jika emosi itu dibiarkan mempengaruhi hidup untuk putus asa. Ramai anak didik malah saya sendiri bermula dari rasa emosi yang kuat untuk bangkit. Malah ada yang bermula dari zero dan bangkit hasil dari emosi bengang dan tercabar dengan situasi hidup. Ada yang berdepan dengan situasi difitnah, ditipu, dikhianati dan dihina.
Namun mereka bijak menggunakan emosi ini sebagai titik untuk bermula. Emosi bagaikan satu tenaga yang dilepaskan untuk cuba merangkak, bangun dan seterusnya berlari kembali.
Jadi, jangan pandang rendah pada emosi yang anda sedang atau pernah rasakan. Walau sesedih mana atau sehebat mana anda diduga, gunakan ianya sebagai pencetus untuk berjaya.
13 TAHUN YANG BERMULA DENGAN STRATEGI DAN SISTEM YANG BETUL
Bidang perniagaan adalah luas. Ianya merangkumi dari segi startegi pemasaran, menghadapi persaingan mahupun pentadbiran. Semuanya memerlukan strategi dan sistem yang betul. Jangan sombong dan anggap semuanya boleh dilakukan sendiri. Ini adalah kesilapan besar peniaga. Mereka merasakan, sistem dan strategi boleh dibuat sesuka hati. Akhirnya, ianya mengorbankan masa depan perniagaan itu sendiri.
Saya beri contoh bidang perubatan. Jika manusia tahu merawat diri sendiri, tak mungkin wujud pengajian bidang perubatan mahupun kedoktoran di pusat pengajian tinggi. Lebih baik rawat sendiri. Namun hakikatnya tidak begitu. Bidang kedoktoran dan rawatan adalah luas dan mencabar.
Begitu juga bidang perniagaan. Ianya luas, mencabar dan perlukan sistem yang betul. Jika boleh mencipta sistem dan strategi sendiri dengan mudah, tak mungkin wujud pengajian bidang perniagaan mahupun pemasaran di pusat pengajian tinggi.
Malah kepakaran yang saya ada bukanlah hasil dari kreativiti yang dibuat-buat semata-mata sebaliknya dari belajar dengan insan hebat seperti Brian Tracy dan ramai lagi. Saya juga menimba ilmu agar dapat memberi manfaat pada orang lain dan diri sendiri. Jadi, cari dan gunakanlah strategi yang betul dan tepat agar anda tidak membazirkan masa dan tenaga dengan sia-sia.
13 TAHUN YANG BERMULA DENGAN TINDAKAN LUAR BIASA BAGI MENGHASILKAN HASIL LUAR BIASA
Ketika mengelolakan program Bootcamp 101 yang diadadakan untuk peniaga secara percuma baru-baru ini, saya mendapat kesempatan untuk berkongsi banyak kejayaan anak didik saya pada mereka.
Apa yang membezakan mereka dengan jutaan peniaga di luar sana? Jawapannya adalah tindakan luar biasa. Impian bukan sekadar impian tetapi mereka bertindak.
Begitu juga dengan perniagaan yang saya kendalikan ini. Ilmu bukan sekadar ilmu di dada tetapi ianya tentang menggunakan ilmu untuk hasil terbaik. Semua orang boleh mengangankan hidup luar biasa namun tidak semua mampu kecapinya jika tidak melakukan apa-apa.
Lebih merugikan, mereka malah menyalahkan orang lain sedangkan kejayaan sebenarnya dipengaruhi oleh tahap tindakan mereka sendiri.
Sebenarnya, banyak lagi resepi kejayaan usahawan yang boleh saya gariskan untuk anda mendapatkan manfaat darinya. Malah jika boleh disenaraikan, pasti tidak akan habis setiap lembaran artikel ini untuk anda baca.
Namun saya berharap sedikit sebanyak ianya tetap memberi gambaran bagaimana anda, anak didik saya dan saya sendiri bermula seterusnya mencapai apa yang diimpikan selama ini. Namun di sebalik semua ini, ada satu perkara yang menjadi tunggak utama kami terus bertahan hingga sekarang.
13 TAHUN TIDAK PERNAH MELUPAKAN NIAT YANG SATU
Inilah jawapan jitu kenapa perjuangan kami yang tidak pernah terhenti. Niat kami dari awal hingga 13 tahun perjuangan tidak pernah berubah. Niat yang tercetus dari pengalaman yang saya rasai sendiri. Dan azam ini saya tanamkan pada tim syarikat RichWorks agar mereka turut mendukung niat yang satu ini bersama.
Saya bermula dari sebuah kejatuhan yang paling menyakitkan. Saya pernah menanggung hutang dan dikejar ‘along’ gara-gara gagal bisnes. Untuk bangkit semula, saya melihat pelbagai reaksi terutama ada yang menjauhkan diri dan enggan memberi bimbingan. Sehingga saya bertemu guru saya sendiri yang memberi ilmu dan semangat untuk saya bangkit.
Dari pengalaman itu, saya tidak mahu ada peniaga mengalami nasib yang sama seperti saya. Saya tidak mahu ada yang merasai apa saya lalui iaitu dalam keadaan tiada apa-apa, dibiarkan tanpa bimbingan malah tiada yang membantu untuk bangun semula.
Sebaliknya, saya mahu melihat lebih banyak kejayaan usahawan sekaligus membantu mereka memberi manfaat pada lebih ramai orang tanpa mengira sesiapa atau apa pun status mereka.
Itulah niat saya dari awal dan sehingga sekarang. Menyedari ramai yang memandang RichWorks sebagai syarikat untuk peniaga elit, saya lancarkan banyak kelas percuma untuk membuktikan bukan itu sasaran kami. Saya mahu lebih ramai mampu mencapai khidmat saya mahupun khidmat syarikat saya tanpa takut memikirkan kemampuan mereka kerana bidang ini bukanlah bidang yang mudah.
Bayangkan jika niat saya berubah pada keuntungan semata-mata? Pasti RichWorks dan saya sendiri tidak akan ada lagi sekarang. Lebih baik saya membubar syarikat ini untuk mengusahakan bisnes lain dari ilmu yang saya ada yang pasti membawa keuntungan lebih besar.
Namun hari ini, saya tetap bersyukur membuktikan niat awal saya itu kekal hingga saat ini tanpa terpengaruh dengan pelbagai cacian dan cubaan menjatuhkan saya dan RichWorks sendiri.
Hasilnya, 1.1 juta usahawan telah terhasil melalui bimbingan kami dari lebih 1500 acara langsung dan juga seminar online. Malah pada tahun lepas sahaja, sebanyak 2.2 bilion hasil terkumpul dari 777 sekumpulan usahawan di bawah kelolaan saya walaupun ketika pandemik.
Inilah kejayaan yang mampu kami kecapi dengan berpegang teguh pada niat nan satu iaitu membantu lebih ramai orang dan memberi manfaat pada mereka.
13 TAHUN YANG TERLALU BERMAKNA UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Bagi tim RichWorks International dan saya sendiri, 13 tahun bukanlah tahun pengakhiran kami. Perjuangan ini tidak akan terhenti walaupun melalui pelbagai detik mencabar. Lebih-lebih lagi hampir 2 tahun berdepan dengan pandemik. Melihat usahawan menyerah diri pada kami lalu menerima bimbingan sekaligus mencapai hasil luar biasa pastinya menjadi kepuasan terbaik bagi kami.
Melalui kelas-kelas dan program percuma kami seperti Zero Kos Marketing dan WKSM, saya berharap dapat membantu lebih ramai lagi usahawan dan membuka mata mereka untuk berani berubah dan mengendalikan perniagaan dengan ilmu yang kami berikan.
Kami akan sentiasa menguar-uarkan kelas dan program ini tanpa jemu. Semoga usaha kami yang berterusan ini mampu mencipta satu tsunami kebangkitan usahawan berjaya tanpa mengira kemampuan, bangsa dan status mereka.
Buat mereka yang setia bersama kami selama ini, saya ucapkan terima kasih kerana percaya pada diri dan berani bertindak demi sebuah kejayaan. Teruskanlah untuk sentiasa bersyukur dan ‘trust the process’ kerana anda berhak untuk mencapai impian anda.
Yang benar,
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Business, Marketing & Leadership Menthor
10 Comments
Terima kasih Doc.
Terima kasih team Richworks,semua ilmu yg di berikan . TQvm.
Alhamdulillah. sama sama
Setiap butir kata dato beri semangat pada saya yg dulunya takut sbb hidup saya selamanya dipijak..hingga buat saya jadi penakut. Tapi sekarang doc ajar saya yg kebengangan yg selama ini saya pendamkan ada asasnya.. Its a wake up call for me! I need this.. Saya perlukan ilmu ini utk saya buktikan pada diri saya dan semua mereka yg dulu menghina.. saya boleh.. boleh.. berjaya dengan bantuan menThor yg terbaik. Saya akan genggam amarah ini hingga saya capai ke kemuncaknya. Where the eyes see me one more time!
Terima kasih atas perkongsian ini. Moga dipermudahkan segala urusan Cik Puan. Moga bisnes semua terus maju : )
Tahniah RichWorks & Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Saya Doa kan Dapat berkerja dengan ANDA semua.
ammiinnnn
Alhamdulillah. Terima kasih : )
Tq richworks and Dato Wira Dr Azizan Osman…dengan adenya program ini dapat saya belajar tentang perniagaan online…banyk lgi yg saya tk tahu..saya akan terus mengikuti prograam ini…rohana
Sama sama. Moga dipermudahkan.
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Alhamdulillah,dan tahniah,saya ucapkan pada tuan yg banyak membantu dan menolong anak bangsa kita untuk mencapai kejayaan bukan saja di dunia,namun saham akhirat….pedulikan apa yg orang lain menghina dan menkeji tuan,,yg penting nawaitu kita itu betul untuk membantu,,,sebenarnya saya hendak mengikuti kelas tuan dah lama,,,saya seorang peniaga kedai barang2 lusuh(recycle) dari tahun 2005,perniagaan saya dari dulu sampai sekarang macam itu sahaja,,tiada peningkatan malah stuck macam tuu saja,,,saya akui saya lemah tentang managment,akaun syarikat, dll lagi saya memang berminat hendak mengikuti kelas tuan… Untuk meningkatkan
perniagaan saya supaya lebih besar dan maju lagi…..permulaan saya berniaga alhamdulillah perniagaan sangat baik,,,bermula 2008 perniagaan barang lusuh mula merosot kerana kejatuhan harga barang sangat ketara selepas sukam olympic di china 2008…alhamdulillah selepas 2010 perniagaan ok kembali mencapai sale Rm 1 juta lebih dan pekerja mencapai 10 orang saya gajikan,,,pada 2013 saya akui saya lemah akaun dan managment,,dan pekerja buat hal(songlap barang,soft customer,tidak menjaga tutur kata dengan pelanggan, sampai sekarang saya jadi fobia mengabil tenaga pekerja sampailah sekarang .Dari 2013 ke atas sampai sekarang saya merasai perniagaan saya x seindah dulu sampai ketahap sekarang perniagaan saya hanha RM400,000 saja dari RM1juta😩😢,,,saya harap dapatlaa tuan membantu saya meningkatkan kembali perniagaan saya…
Terima kasih atas perkongsian ini. Moga segala Doa dan harapan Tuan dimakbulkan dan dipermudahkan. Moga bisnes semua terus maju. Boleh tinggalkan no telefon Tuan untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai