12 kualiti kepimpinan menjadikan seorang pemimpin itu hebat

12 kualiti kepimpinan menjadikan seorang pemimpin itu hebat

Memiliki kemahiran kepimpinan sangat membantu anda untuk berjaya pada mana-mana peringkat dalam kerjaya anda. 

Kemahiran ini termasuk lah kemahiran untuk memberi motivasi pada team anda atau menggunakan pengetahuan teknikal untuk menyelesaikan masalah dan tugasan. 

Mempelajari tentang kualiti pemimpin yang berkesan dapat membantu anda mengembangkan dan menggunakan kemahiran ini di tempat kerja.

12 kualiti pemimpin yang hebat

1. Mendengar dengan baik

Pemimpin yang berjaya bukan hanya dapat memberi, tetapi juga mampu untuk menerima maklum balas daripada team dan mampu mendengar dengan baik. 

Anda bukan sekadar mendengar, namun dapat memahami maksud disebaliknya. Mendengar dengan meminimumkan gangguan semasa berbual. 

Tunjukkan minat dalam perbualan dengan menggunakan bahasa isyarat bukan lisan dan tunjukkan anda faham dengan perbualan tersebut. 

Ini akan membuatkan team berasa lebih rapat dan selesa dengan perbualan tersebut.

2. Keberanian

Seorang pemimpin perlu mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang terbaik demi kepentingan team dan syarikat pada setiap masa. 

Ada kalanya pemimpin perlu membuat keputusan yang sukar, dengan keberanian dapat membantu mereka menerima kesukaran dan membuat keputusan yang bijak dan yakin. 

Pemimpin juga perlu berani dalam menghadapi cabaran baru. Tunjukkan keberanian anda dengan menerima lebih banyak tanggungjawab dan menerima suatu perkara yang baru.

3. Komunikasi

Berkomunikasi dengan jelas dan positif mewujudkan laluan yang jelas untuk seluruh pasukan kerja. 

Kemahiran komunikasi yang baik termasuk mendengar dengan baik. 

Apabila anda berjaya berkomunikasi dengan baik bersama team anda, ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami matlamat serta apa yang anda harapkan dari mereka serta hala tuju syarikat. 

Team anda akan lebih selesa dan tebih terbuka untuk meluahkan minat atau kebimbangan yang mereka rasakan kepada anda.

4. Empati

Faham perasaan orang di sekeliling tentang keputusan, semangat, hala tuju, misi dan visi syarikat atau team

Pemimpin yang hebat menunjukkan empati dengan mengiktiraf dan mempertimbangkan perasaan pekerja mereka. 

Mempunyai empati terhadap team bermakna anda kenal pasti perjuangan mereka bersama anda dan tunjukan keprihatinan terhadap mereka. 

Dengan ini dapat membantu anda membangunkan hubungan profesional yang lebih kukuh dengan team.

5. Pertumbuhan minda

Keadaan sering berubah sejak projek, cabaran atau sesuatu isu bermula. 

Pemimpin menganggap bahawa teknologi mungkin telah berubah atau isu peribadi mungkin timbul dalam team

Jika mereka boleh mengekalkan pertumbuhan minda yang berkesan dan dapat menyesuaikan diri, mereka pasti mampu untuk mengatasi cabaran untuk menuju ke arah matlamat dan membuat banyak penambahbaikan.

6. Semangat belajar

Beri inspirasi dengan kekal berilmu dan tahu tentang trend dan topik yang mereka pimpin. 

Seperti Datuk Wira Dr. Azizan Osman, beliau sentiasa belajar untuk upgraded ilmu dan tahu tentang trend perniagaan masa kini. 

Beliau juga tak ada masalah untuk memberi pendapat tentang isu-isu yang dihadapi oleh anak didik beliau kerana ilmu yang diperolehi sangat besar. 

Ini bukan sahaja dapat membantu pemimpin meningkatkan kemahiran mereka dan menyumbang kepada apa tujuan mereka, mereka juga akan memberi inspirasi kepada team untuk terus belajar.

7. Optimis

Menunjukkan mereka percaya syarikat mereka sedang berusaha ke arah masa depan yang lebih baik. 

Setiap usaha team untuk mencapai matlamat tersebut akan mereka hargai. 

Pemimpin yang hebat sering membuat perancangan awal dan mengekalkan positivity melalui perubahan yang dilakukan. 

Bersikap positif dalam hadapi cabaran membantu team anda menguruskan cabaran itu dengan berkesan.

8. Keghairahan

Tunjukkan semangat di tempat kerja untuk beri motivasi kepada team dengan mewujudkan perpaduan di kalangan pekerja serta semangat bekerjasama. 

Apabila anda bersemangat dengan tugasan dan menunjukkan keprihatinan anda terhadap tugasan yang anda lakukan, ini akan memberi inspirasi kepada team dan mendorong untuk mereka lebih bersemangat dalam tugasan mereka.

9. Sabar

Sabar itu indah jika ada keikhlasan. Pemimpin yang hebat tahu setiap kesilapan dan kegagalan adalah sebahagian daripada proses bekerja dan dengan kesabaran membantu team mengatasi kesilapan mereka di tempat kerja. 

Kesilapan berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Membantu pekerja dalam mempelajari peranan dan tanggungjawab baru juga adalah kesabaran kerana ia mengambil masa untuk dipelajari.

10. Hormat

Layan team dengan hormat membantu mereka untuk mendapat penghormatan juga sebagai balasan. 

Pemimpin yang hebat akan menunjukkan rasa hormat dengan memberi peluang kepada team untuk membuat keputusan menggunakan kepakaran yang mereka ada untuk capai matlamat syarikat.

Dengan menunjukkan rasa hormat akan membina nilai dan komitmen mereka kepada organisasi.

11. Ketelusan

Bersikap terbuka dan jujur menjadikan kerja lebih cekap dan menyeronokkan. 

Pemimpin yang hebat akan sentiasa mempertimbangkan akibat keputusan dan tindakan mereka untuk kedua-dua pasukan dan pelanggan, menetapkan model peranan untuk pekerja melakukan perkara yang sama. 

Mereka akan meminta bantuan apabila diperlukan dan memberikan maklum balas yang jujur dan membina.

12. Amanah

Wajib ada sikap amanah. Menunjukkan kepercayaan pada team boleh meningkatkan semangat dan motivasi pekerja. 

Apabila anda membenarkan team anda bekerja secara bebas, boleh membuat keputusan mereka sendiri dan bebas menggunakan kemahiran serta pengetahuan mereka di tempat kerja. 

Mereka mungkin akan rasa lebih dihargai dan akan menghargai. 

Libatkan mereka dalam proses membuat keputusan dan beri mereka membuat pilihan dalam peranan mereka. 

Jangan salah langkah

Pemimpin yang hebat mampu untuk memimpin dan dipimpin dengan baik. 

Akan tetapi, memberi banyak kelebihan kepada team bukanlah bererti anda kena memanjakan mereka sehingga mereka tak dapat nak dikawal dan mebuat sesuka hati tanpa perbincangan terlebih dahulu. 

Buat keputusan yang bijak dan saling hormat-menghormati. Jadikan kawan dan bukannya lawan.

Artikel terbaru

Leave a Reply