10 Tanda Kejatuhan dan ‘Kematian’ Seorang Usahawan

10 Tanda Kejatuhan dan ‘Kematian’ Seorang Usahawan

Elakkan daripada mempunyai perasaan dan sikap ini yang akan memberikan impak negatif kepada diri malah bisnes yang anda jalankan. Ia boleh menjadi tanda kejatuhan dan ‘kematian’ seseorang usahawan itu.

1. Bila dia rasa dia telah berjaya dan paling hebat (Walaupun sebenarnya ramai lagi orang lain lebih hebat dari dia)

2. Bila dia rasa dia telah berjaya dan mampu beli apa sahaja

3. Bila dia rasa manusia hanyalah hamba yang boleh dibayar semata-mata

4. Bila dia rasa syarikatnya cukup sempurna dan tiada apa yang mahu diperbaiki lagi. Tidak perlu ilmu segala kerana dia sudah tahu segalanya.

5. Bila mereka terlalu percaya kepada pekerjanya sehingga dia tidak mahu tahu semua perkara termasuk tahap jualan dan keuntungan

6. Bila duit menjadi matlamat utama dan semata-mata

7. Bila ego dan kesombongan adalah pakaiannya, tidak lagi suka sujud kepadaNya, Tuhan penciptaNya, apatah lagi nak dengar nasihat manusia seperti ibu bapa dan gurunya.

8. Bila dia rasa banyak duit dan boleh cari lagi banyak. Tidak hargai apa yang ada.

9. Bila rasa produk dia paling sempurna dan tiada sesiapa akan mengatasinya; itulah saat kejatuhannya

10. Bila dia buat keputusan ikut apa yang dia rasa dan bukan apa yang pasaran serta pelanggan rasa.

Artikel terbaru

Leave a Reply