10 Sebab Mengapa Anda Perlu Menjaga Penampilan Setiap Hari

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Menjaga Penampilan Setiap Hari

Berdandan atau berhias diri telah terbukti mempunyai keupayaan untuk meningkatkan mood dan keyakinan anda secara keseluruhannya.

Berbeza pula situasinya jika anda meninggalkan rumah dengan pakaian yang berkedut dan rambut serabai, anda pastinya rasa tidak yakin dan malu apabila berhadapan dengan orang lain terutamanya bila berjumpa klien.

Mahukah situasi itu terjadi?

Selain itu, ramai juga yang hanya mahu bersiap sekadar ala kadar kerana rasa tiada keperluan di situ. Siapa cakap tidak penting? Jika anda mahu tahu, pandangan pertama terhadap penampilan anda adalah segalanya. So, why not dress to impress?

Tak perlu bajet yang tinggi, cukup sekadar tampil dengan kemas pun sudah memadai sebenarnya. Berikut merupakan antara sebab mengapa anda perlu berusaha untuk menjaga penampilan diri mulai hari ini!

1. Bila anda tampil cantik atau kemas, ia sekaligus akan meningkatkan mood dan personaliti anda secara keseluruhan.

2. Memberikan pandangan pertama yang baik kepada sesiapa yang melihat.

3. Anda tidak pernah tahu dengan siapa anda akan terserempak. Adakah anda tidak mahu kelihatan terbaik dan mengagumkan?

4. Hidup terlalu singkat untuk memakai pakaian yang membosankan! Janganlah cakap ‘pergi pejabat je pun’. Kalau tidak sekarang, bila lagi?

5. Mewujudkan keyakinan diri. Apabila anda kelihatan hebat, anda sendiri akan berasa hebat.

6. Fesyen ialah salah satu cara untuk ekspresi diri. Ekspresikan Diri Anda!

7. Membuatkan anda lebih dikenali dan menjadi tumpuan semua.

8. Usah berselindung, tonjolkan penampilanmu!

9. Membuatkan anda nampak lebih berkelas dan dihormati.

10. Usah layankan tomahan negatif, anda sememangnya layak untuk kelihatan hebat!

Tak rugi pun jika anda meluangkan sedikit masa setiap hari demi memastikan penampilan anda segak lagi kemas. Bukan saja-saja nak melaram, ia sememangnya telah telah terbukti dapat meningkatkan mood anda sepanjang hari sekaligus dapat menaikkan motivasi diri untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Percayalah! 

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply