10 Ayat Terbaik Nak Tarik Pelanggan

10 Ayat Terbaik Nak Tarik Pelanggan

Di dalam pemasaran, pelanggan secara tidak sedar selalu dipengaruhi untuk mendapatkan sesebuah produk atau perkhidmatan hanya melalui ungkapan-ungkapan hebat yang tertera di dalam flyers, bunting, banners.

Menurut Sarah Fuller, penulis blog terkenal di barat, dengan sedikit desakan sesebuah produk itu dapat dijual apabila pelanggan membuat tindakan dengan segera.

Berikut, antara 10 ayat terbaik yang boleh membantu tarik pelanggan untuk membeli produk anda.

  1. Jualan Besar-Besaran

Jualan besar-besaran atau pembelian hebat akan membuatkan pelanggan rasa mahu datang dan membeli. Ianya memberi gambaran bahawa ada satu jualan secara besar-besaran akan berlaku, dan semua tak patut lepaskan peluang untuk turut sama dalam jualan tersebut.

Ia umpama satu pengiktirafan kepada pelanggan bahawa ianya adalah satu acara jualan besar-besaran yang tak patut dilepaskan.

2. Best Sales

Bagi peniaga yang inginkan sesetengah produknya bergerak atau memberi pulangan seiring dengan hasil jualan produk yang lain, anda boleh menggunakan frasa Best Sales untuk melariskan produk anda.

Walaupun hakikatnya hasil jualan bagi produk berkenaan tidak seberapa, namun kuasa frasa ini membuatkan pembeli percaya dengan apa yang anda lakukan.
Tetapi, jangan ambil kesempatan dengan menjual produk yang tidak berkualiti atau sudah sampai tarikh luput untuk melariskan jualan. Nanti anda pula yang akan menanggung akibatnya.

Best Sales juga digunakan untuk mempromosikan produk atau keluaran baru dalam perniagaan anda. Ini membuatkan pembeli faham, diskaun yang diberikan tidak banyak tapi masih lagi ada sedikit diskaun harga diberikan.

  1. Terus Dari Kilang

Frasa ini memang akan menarik perhatian pelanggan yang gemar mendapatkan produk terus dari kilang. Ini kerana pelanggan akan percaya dengan kualiti dan nilai bagi produk ini.

Ianya juga menunjukkan ini adalah produk baru, yang masih hangat di pasaran dan akan dijual pada harga murah kerana ianya terus dari kilang dan sepatutnya tiada kos tambahan dari supplier, pemborong dan lain-lain.

  1. Jualan Separuh Harga
    Jualan Separuh Harga sememangnya antara yang mampu mencuri perhatian pelanggan. Di dalam konteks pembelian, sesiapa sahaja pasti suka dengan istilah separuh. Jadi produk yang menggunakan frasa ini pasti akan menjadi pilihan utama pelanggan.
  2. Tawaran Untuk Hari Ini Sahaja!
    Rata-rata pelanggan pasti akan dipengaruhi dengan penggunaan istilah ini.
    Dengan sedikit desakan seperti segera, cepat, ‘hurry’, hari ini sahaja dan macam-macam lagi akan membuatkan pelanggan secara tidak sedar mula membuat tindakan awal dengan merancang pembelian produk yang ditawarkan.
    Sekurang-kurangnya impak frasa ini membuatkan produk yang ingin dijual melekat terus di dalam fikiran pelanggan.
  3. Tawaran Harga Paling Rendah

Bayangkan ketika pelanggan memasuki premis anda dan terlihat satu produk anda yang tertera label yang menggunakan istilah Harga Paling Rendah pasti produk itu akan disambar terus oleh pelanggan berkenaan kerana pelanggan tersebut percaya antara banyak produk di dalam premis anda, produk itulah yang mempunyai nilai harga yang paling rendah.

Siapa yang tidak percaya bukan? Ada juga peniaga yang menggunakan ayat-ayat seperti “3 helai RM10”, 4 helai RM100” dan ada yang menulis harga mati RM5 bagi semua item yang dilonggokkan dalam satu tempat. Pernah nampak?

Ini juga satu cara untuk memberikan tawaran harga paling tak masuk akal kepada beberapa produk. Selalunya untuk produk yang mahu dihabiskan stoknya segera.

  1. Jualan Penghabisan Stok
    Anda pasti pernah mendengar bagaimana sebuah perniagaan diserbu oleh pelanggannya sendiri sehingga ada yang sanggup beratur dan berkhemah di hadapan premis perniagaannya.
    Ini kerana peniaga tersebut menggunakan kepercayaan pelanggannya dengan membuat sebuah jualan istimewa untuk menghabiskan stok.
    Ada juga yang buat jualan istimewa yang hanya berlangsung setahun sekali sahaja. Hebat bukan?
  2. Cepat! Sementara Stok Masih Ada
    Pelanggan percaya bahawa masa adalah musuh ketika pembelian mereka. Peniaga harus bijak menggunakan peluang yang ada dengan menggunakan ungkapan seperti ini.
    Pilih waktu yang sesuai seperti waktu kemuncak jualan dan tarikh keluar gaji agar frasa ini berbaloi untuk digunakan.
    Dengan strategi yang baik, pelanggan akan membeli produk anda tanpa berfikir dua kali. Mereka akan fikir bahawa stok akan habis dan mereka tak mahu ketinggalan untuk memilikinya.
  3. Jangan Lepaskan Peluang Ini
    Benar. Pelanggan akan terpengaruh dengan frasa hebat ini. Bagi mereka ia adalah satu kerugian yang paling besar apabila tidak membelinya.
    Bagi mereka ia akan menjimatkan wang kerana produk yang ditawarkan itu pasti mempunyai nilai istimewa yang sendiri.
  4. Karnival Mega
    Lihat saja penangan Malaysia Mega Sales saban tahun yang berjaya menarik pembeli bukan dari dalam Malaysia, malah dari luar negara.
    Pelanggan akan percaya bahawa jualan yang dilakukan berskala besar dan harga yang ditawarkan cukup murah bagi menampung kos pengeluaran produk.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply