“Awak pakai blouse rekaan saya, awak akan cantik sepanjang hari”
Setiap bisnes ada kepakaran mereka sendiri malah benefit list atau senarai manfaat. Ia tak sama antara semua peniaga. Dalam program Richworks, pernah kan anda dengar peserta kami kata ‘kepakaran saya itu dan ini’. Walaupun kebanyakkan hampir sama, tapi fungsinya berbeza.
Setiap produk ada fungsi dan kegunaan yang tersendiri. Bila anda tengok produk kecantikan, pasti anda akan assume yang ia semuanya sama, iaitu nak cantik.
Jadi, untuk elakkan salah faham, anda kena fahamkan betul-betul pelanggan anda dengan cipta benefits list atau senarai manfaat untuk bisnes anda.
5 Sebab Perlu Senarai Manfaat Buat Bisnes Anda:
- Kepuasan pelanggan
Bila anda buat benefits list ni, pelanggan akan berpuas hati kerana mereka tahu apa kelebihan dan kebaikan bisnes anda.
Jadi, mereka sudah tahu apa produk yang anda sediakan dan apa kegunaan kepada mereka. Ciri-ciri yang anda sediakan untuk pengguna dan perbezaan dengan produk-produk lain yang ada di pasaran.
- Tingkatkan pelanggan
Cara ini juga boleh tingkatkan pelanggan anda. Kerana tak ramai peniaga yang beritahu apa kepakaran bisnes mereka.
Bagi sesetengah peniaga, mereka sanggup tipu pelanggan dengan buat benefits list yang fake untuk tarik perhatian pelanggan gunakan produk mereka.
Bila pelanggan guna, mula lah ada kesan sampingan sehingga perlu dapatkan khidmat doktor kerana penggunaan bahan berbahaya dalam produk tersebut.
- Perkenalkan imej produk
Bukan bisnes luar je perlukan imej, bisnes local pun sama. Ini kerana, produk kita juga bersaing sesama sendiri. Cuba anda lihat pasaran sekarang, berapa banyak jenama dan produk baru yang keluar setiap hari.
Kalau bukan yang baru pun, ia adalah inovasi dari produk yang sedia ada. Cuma ia dijenamakan semula sesuai dengan trend terkini.
Bila anda ada imej sendiri dengan sedikit review, ia pasti boleh menambat hati pelanggan.
- Cipta pengaruh yang positif
Bila anda lihat cara para peniaga promosi produk mereka, pasti ada je yang guna testimoni.
Mereka screen shot feedback dari customer dan upload dalam media sosial. Kenapa ye? Ia untuk cipta pengaruh yang positif supaya lebih ramai orang akan guna produk mereka.
Bila pelanggan baru lihat reaksi yang positif ini, mereka pun turut akan cubanya.
- Bina kepercayaan pelanggan
Bila anda boleh cipta benefits list, anda juga boleh bina kepercayaan kepada pelanggan. Ingat senang ke nak suruh orang percaya dekat kita? Kepercayaan ni akan datang dengan sendiri. Contohnya anda jual produk kesihatan.
Bila pengguna yang ada masalah kesihatan guna produk anda sebagai cara alternative, dan produk anda telah membantu sembuhkan atau kurangkan kesakitan mereka. Pasti mereka secara tak langsung akan percaya dengan produk yang anda keluarkan.