Tidak kira berapa usia anda, dengan kesungguhan dan keinginan tinggi boleh memberikan anda kekuatan untuk mula berbisnes malah membina bisnes yang berjaya. Usia tak halang seseorang itu untuk melakukan bisnes.
Daripada yang berusia 20-an, 30-an, 40-an, 50-an, 60-an mahupun 70-an, seseorang itu boleh saja mula berbisnes dan berjaya mencapai kewangan serta kehidupan yang lebih baik.
Tahukah anda, pengasas KFC, Colonel Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders yang berjaya membangunkan dan memperluaskan perniagaan ketika berusia 72 tahun.
Beliau telah mengharungi pelbagai kegagalan, namun ia tak mematahkan semangatnya hingga akhirnya mampu merasai kesenangan hidup di usia itu. Beliau percaya, jika yakin ada peluang untuk berjaya kena berani bertindak dan cepat mengatur langkah.
Sebab itu, janganlah kita jadikan usia tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk tidak mengecapi kejayaan.
Begitu juga dalam perniagaan, tidak terlambat jika anda ingin memulakan langkah meskipun umur baru belasan tahun ataupun sudah meningkat kepada 70 tahun.
Contohnya baru-baru ini tular apabila seorang wanita yang sudah berusia, ‘Mak’ Rosidah Ahmad atau dikenali Mak Idah yang membuat Facebook Live pada pukul 3 pagi.
Kegigihan Mak Idah yang dilihat menjual pakaian bundle sebak apabila penonton Facebook Live itu yang asalnya beberapa orang sahaja kemudian meningkat lebih daripada 100 orang secara tiba-tiba.
Paling mengharukan apabila ada pembeli yang membida baju-baju bundle yang dijual dengan harga RM1 itu sebanyak 100 helai.
Menurut mak, niatnya berniaga baju bundle di Facebook Live untuk suka-suka sahaja dan sering dibantu oleh anak perempuannya.
Dalam akaun Facebook Rosidah Ahmad, dia juga dilihat berniaga nasi lemak dan ramai netizen membeli nasi lemak yang dijual serta ada pula minta ia disedekahkan kembali seperti di masjid.
Macam mana? Apa yang anda dapat pelajari daripada kisah di atas ini? Wanita ini masih berbisnes dan sanggup berusaha termasuk buat Facebook Live walaupun sudah berusia tapi apa alasan usahawan lebih muda untuk tak buat Facebook Live?
Usia hanyalah angka buat kita. Apa yang paling penting adalah kesungguhan anda untuk mencapai sesuatu atau big why melalui bisnes.
1 Comment
Terima kasih
Sentiasa kirim suplement
Semangat UTK makyong
YES
Sayang Richwork ❤️