Nak belajar pun, kena belajar macam mana untuk belajar dengan betul dan lebih berkesan. Boleh saja untuk kita belajar mengikut cara masing-masing, namun bukankah lebih baik jika kita ketahui cara atau langkah yang terbukti berkesan bagi pembelajaran anda nanti.
Apatah lagi sebagai seorang usahawan, untuk berjaya perlunya ilmu. Malah setiap tahap berbeza, sama ada anda baru bermula, sedang berkembang dan sebagainya akan berdepan cabaran yang berbeza seterusnya memerlukan ilmu tertentu.
Malah dalam keadaan dunia dan teknologi yang berkembang pantas, perubahan perlu dilakukan agar sesuai dengan perkembangan semasa. Ia bermakna kita perlu sanggup mencuba atau bereksperimen, melakukan pembaharuan, cara baru dengan kenal pasti peluang-peluang yang ada dan melakukan tindakan.
Untuk berjaya, kita perlu sanggup belajar sesuatu benda baru yang kebanyakannya sudah tentu tidak selesa. Namun, penulis buku Leading So People Will Follow, Erika Andersen memberitahu, orang yang berjaya belajar ini mempunyai 4 ciri penting iaitu aspirasi, kesedaran diri, rasa ingin tahu dan kegoyahan dalam diri.
4 ciri penting pelajar yang baik :
1. Aspirasi untuk belajar
Bila diri ini nak belajar, ia akan membuatkan anda fokus kepada perkara positif dengan apa yang akan diperolehi malah hasil bakal diperolehi pada masa depan.
Kajian mendapati dengan mengubah fokus daripada cabaran kepada manfaat merupakan cara yang baik untuk meningkatkan aspirasi untuk belajar.
2. Kesedaran diri
Muhasabah dengan melihat apa yang anda lihat pada diri sendiri dan mempersoalkan ketepatannya. Apa yang anda perkatakan, ada tak fakta untuk menyokongnya.
Keperluan untuk belajar perlu anda nilai dengan betul dan apa yang tidak kita tahu, kemahiran dan apa yang ada atau tidak.
3. Rasa ingin tahu
Rasa ingin tahu yang membuatkan kita untuk mencuba sesuatu sehingga dapat melakukannya. Mereka yang pandai belajar mengekalkan rasa ingin tahu ini. Mereka bertanya soalan ‘ingin tahu’ dan diikuti dengan tindakan.
4. Tidak kisah dengan ‘kelemahan’
Pelajar yang baik sanggup menerima ‘kelemahan’ yang ada ketika berada pada tahap permulaan pembelajaran berkenaan meskipun ketika itu sudah ada jawatan dan kuasa.
Keupayaan untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru dengan cepat dan berterusan merupakan antara aspek penting dalam kejayaan masa ini. Pupuk 4 ciri di atas agar kita dapat menjadi pelajar yang efektif.
Kajian kes usahawan yang belajar di RichWorks :
Sudah ‘legend‘ dalam bisnes tapi sibuk-sibuk nak belajar lagi? Kalau bisnes baru nak up biasalah kena belajar, tapi ini yang sudah terkenal?
Mungkin inilah agaknya pandangan orang lain tentang mereka. Tak kisahlah bisnes baru nak up ke, bisnes dah lama up pun kena juga belajar dan tambah ilmu. Jom ketahui sebabnya melalui kisah usahawan di bawah ini.
Kisah ini pula tentang Puan Siti Khawa Nasuha yang juga mewarisi bisnes keluarga. Mungkin ada yang fikir “oh jadi anak founder ni senang lah hidup”, padahal tak senang pun…
Walaupun Puan Siti Khawa Jannah adalah anak kepada pengasas Rempah Mak Siti, sebenarnya Puan Siti Khawa ni tak ada pengalaman langsung dalam bisnes.
Bayangkanlah, lepas habis belajar je tiba-tiba ‘terjun’ dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnes pula masa tu tak tentu arah dan sebagainya. Dahsyatkan?
Bila dia dan suami fikirkan bisnes ni dah tak boleh pergi jauh dan mula putus asa, mereka terdedah dengan RichWorks yang dah bantu ramai usahawan tingkatkan dan kembangkan bisnes.
Alhamdulillah dengan ilmu dan komitmen hadir ke program RichWorks, Puan Siti Khawa sudah berjaya bawa bisnes Rempah Mak Siti lebih jauh dan luaskan pasaran ke seluruh Malaysia dan juga memasuki pasaran Asia.
Selain itu, usahawan jutawan Tuan Rosli Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Haji Oli ini pengarah kepada Oli Collection. Dia mulakan bisnes jual cadar dan sarung bantal ni sejak tahun 1990 lagi bersama rakan kongsinya.
Walaupun sikit pun tak ada kemahiran dalam bidang jahitan, Tuan Rosli Ismail bersama rakannya beli segulung kain dan sebuah mesin jahit dan cuba hasilkan jahitan sendiri. Jahitannya taklah cantik mana, tapi sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan!
Apa yang Tuan Haji Oli struggle, bila dia nak betulkan strategi syarikat dan bisnes gunakan teknologi yang makin berubah. Memang susah nak faham, perubahan tu memang susah nak buat pada mulanya… Yelah sudah lebih 29 tahun berniaga, takkan tiba-tiba saja nak ubah kot?
Tapi, sebabkan dia komited dan berusaha belajar ilmu baru demi tingkatkan dan kembangkan bisnesnya. Hasil usahanya, jualan dari Oli Collection meningkat hingga lebih RM6 juta hingga pada 2019.
Bisnes-bisnes legend ini sudah buktikan tak kiralah bisnes itu lama macam mana pun kena juga upgrade ilmu sebab persaingan makin hari makin banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan… Betul betul?