Usahawan Berdepan Situasi Mencabar

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar

Dunia keusahawanan secara keseluruhannya berdepan situasi yang mencabar berikutan total lockdown yang terpaksa dilakukan di samping tempoh pemulihan akan mengambil masa agak lama.

Menurut Mentor Usahawan & Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman, cabaran dilalui bukannya mudah bagi usahawan terutama peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro yang tak biasa menggunakan platform online seperti media sosial.

Katanya, duit simpanan sesetengah usahawan itu mungkin sudah semakin habis dan berkurangan dengan keadaan bisnes yang tutup dan buka berikutan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dari tahun lalu.

“Ramai sebenarnya (usahawan) dengan simpanan sudah habis, nak bayar komitmen yang sangat kritikal sekarang.

“Saya nampak benda ini berlaku depan mata sendiri. Cabaran dilalui ini tak mudah untuk kita semua khususnya usahawan tidak kira di mana tahap mereka,” katanya ketika ditemubual oleh hos Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk Total Lockdown: Bagaimana Survival Usahawan? pada malam tadi.

Tambah Datuk Wira, kalaulah usahawan boleh dapat sokongan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, di mana mungkin dapat lanjutan 6 bulan moratorium lagi hingga hujung tahun ini dan Program Subsidi Upah (PSU) dilihat perlu dilanjutkan bukan hanya 1 bulan seperti diumumkan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS)  yang mana melibatkan sekitar 7.3 juta pekerja.

“Apa yang kerajaan cuba bagi ini (PEMERKASA Plus) sangat bagus, dan kalaulah seandainya boleh melihat daripada beberapa aspek iaitu moratorium dan PSU untuk tambah baik lagi dengan pemulihan usahawan dan ekonomi tidak akan berlaku dalam masa 1 ke 3 bulan lagi. 

“Saya fikir ini adalah satu perkara yang akan membantu kita sama-sama bertahan dalam situasi ini dan dengan cepat usahawan boleh bangkit kembali seterusnya membantu kembali Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang mana PKS sumbang sebanyak 38 peratus,” jelasnya lagi.

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar

Dalam pada itu, pesan Datuk Wira Dr Azizan Osman kepada usahawan di luar sana agar mereka tengok orang dan usahawan lain yang berjaya ketika ini untuk sesuaikan dalam bisnes sendiri.

“Jika keadaan tak berapa bagus ketika apa yang anda buat sekarang, cuba ubah cara lain seperti tukar kepada online. InsyaAllah ada cara.

“Secara jujurnya ia tak mudah ya, sebab kita dah biasa berniaga benda atau cara itu bertahun dan kemudian tiba-tiba berlaku keadaan seperti ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang program sokongan RichWorks seperti Business Bootcamp 101 yang berlangsung secara percuma sekarang, orang ramai boleh pergi ke akaun Telegram: Azizan Osman Official.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply