Ya, udara pun boleh jual. Ada bisnes yang membotolkan udara segar dan berkualiti tinggi untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Cuba bayangkan udara yang kita sedut setiap masa ini boleh dijual hingga 25 dolar Kanada bersamaan RM79.20 sebotol.
Dua rakan, Moses Lam dan Troy Paquette dari Kanada memulakan bisnes ini hanya bermula sebagai gurauan. Mereka menyimpan udara segar dalam beg ‘ziplock; kemudian menjualnya dalam eBay dengan harga hanya 99 sen dolar Kanada.
Selepas itu, bermulalah perjalanan mereka dengan mewujudkan syarikat, Vitality Air yang menjual udara dan oksigen dalam botol yang bermula pada 2014 lagi.
Pada Jun 2015, Vitality Air menjual botol udara mereka pertama dan beberapa bulan kemudian, mereka telah pun menerima tempahan 5,000 botol yang dihantar secara eksklusif ke bandar-bandar di China.
Selepas itu, mereka kemudian mendapatkan tempahan dari India, Vietnam, Korea, Iran, Greece dan Mexico. Hasil kejayaan mereka itu kemudian diikuti syarikat start-up di Switzerland dan Australia yang melancarkan produk sama iaitu botol yang mengandungi udara segar yang berkualiti.
Apa yang kita boleh faham daripada kisah udara di atas ini?
Peluang untuk buat bisnes ada di mana-mana, cuma kita perlulah lebih peka dengan keadaan sekeliling, melihat permasalahan dihadapi orang ramai dan mencari penyelesaiannya.
Bagaimanapun, untuk membina bisnes yang berjaya ini bukannya mudah dan sekelip mata. Ia memerlukan ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti dapat bimbing dan elakkan anda daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh dielakkan seterusnya berkembang dengan lebih pantas.
Usahawan juga perlu yakin dan percaya dengan proses-proses yang perlu dilalui untuk bina bisnes disamping membentuk team yang berkemampuan untuk pergi ke tahap lebih tinggi.
Kajian kes
Berikut kami kongsikan kisah Founder Fishing Buddies Academy, Tuan Syafi’e Abdul Shukor yang mengajar orang memancing dalam segmen casting untuk meningkatkan kemahiran mereka seperti pemancing profesional melalui program Belajar Casting Online (BCO).
Cuba bayangkan seperti anda belajar berenang tapi secara online. Macam mana itu ye? Tuan Syafi’e menjalankan bisnes ini dengan bermula apa di tangan dia berikutan beliau tahu pasaran dan siapa sasarannya seperti bisnes jual udara di atas.
Alhamdulillah, bisnes diusahakan ini berjaya mencapai jualan lebih RM500,000, dari Januari sehingga November tahun ini. Walaupun ketika tempoh pandemik dengan selama 6 bulan kolam memancingnya terpaksa ditutup, jualan beliau menyaksikan peningkatan 140% berbanding hanya sekitar RM225,000 bagi sales kolam memancing dan kelas online pada 2019.
Lebih 2,800 anglers telah dilatih melalui BCO di negara malah luar negara secara online.
Sebenarnya, kalau anda nak tahu Tuan Syafi’e yang merupakan bekas pegawai tentera mula memancing secara kebetulan malah tak suka pun aktiviti itu dan membenci orang memancing.
Namun beliau mula kenal memancing pada April 2015 dan timbul keinginan untuk mendalami ilmu memancing. Dalam tempoh 14 bulan saja, beliau berjaya transformasi daripada zero menjadi atlit pemancing profesional syarikat memancing terbesar dunia, Shimano malah menjadi duta syarikat itu.
Kesilapan dan kesusahan yang dialami ketika mula memancing dengan pengalaman itu dijadikan sebagai modul untuk mengajar orang belajar casting secara profesional.
Bisnes beliau kemudian dimulakan sejak 2016 selepas persaraan wajib perkhidmatan tentera.
Bukan senang buat bisnes?
Jelas Tuan Syafi’e, bahawa hakikatnya susah nak berniaga berbanding tugasnya sebelum itu.
Bisnes jadi susah sebabnya beliau tidak ada ilmu, banyak ‘langgar dinding’ yang sebenarnya boleh dielakkan jika ada ilmu dan bimbingan MenThor.
“Saya selalu pesan dekat student saya, kalau tak ada guru sukar nak lihat progress dengan lebih cepat.
“Malah selalu pegang 3B, macam selalu diberitahu Datuk Wira Dr. Azizan Osman iaitu Berilmu, Berguru dan Bermuhasabah”
Tuan Syafi’e
Nak tahu lebih lanjut, tonton temu bual eksklusif bersama Tuan Syafi’e di bawah ini.
Apa Boleh Dipelajari?
- Peluang untuk membuat bisnes ada di mana-mana dan untuk anda nak berjaya dalam apa-apapun termasuk bisnes memerlukan ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti dapat melahirkan usahawan-usahawan juga berjaya.