Nak berjaya kena ada usaha, tindakan dan perlu melalui proses-prosesnya.
Sebenarnya orang yang berjaya adalah orang yang sabar dan percaya dengan proses yang dilalui. Kejayaan tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi dibina dengan masa, tenaga dan komitmen anda.
Sebagai contoh dahulu masa mula-mula menyertai Spire, ada yang menganggap Spire dapat membuat magik. Daftar dan terus jadi kaya dan berjaya.
Mereka silap dan lama-kelamaan setelah setahun dalam Spire mereka mula sedar bahawa nak berjaya kena ada usaha, nak berjaya mesti ada tindakan dan nak berjaya mesti melalui proses.
‘’Trust the process’’ boleh didefinasikan sebagai yakin dengan perkara yang dilalui, yakin dengan tindakan yang dilakukan dan yakin dengan apa sahaja yang cabaran yang mendatang.
3 Ciri Orang Trust The Process :
- Orang yang mempunyai sikap hormat. Masih ramai yang memandang enteng dengan sikap ini. Apa yang saya lihat adalah ramai orang masih tidak boleh menghormati masa sedangkan mereka sedar bahawa masa tidak boleh diundur. Saya boleh lihat hanya beberapa orang yang benar-benar hormati masa dengan datang kelas awal, masuk dewan sebelum sesi bermula, duduk di tempat yang telah disediakan dan keluar dewan selepas sesi pembelajaran tamat. Kadang-kadang perkara sebegini selalu diambil mudah, tetapi jika diterapkan dalam diri, kesannya adalah luar biasa .Disebabkan masa juga ramai usahawan yang menanggung banyak kerugian. Sikap hormat ini boleh dipupuk sekiranya anda inginkan perubahan itu berlaku.
2. Orang yang mempunyai sikap yang merendah diri. Walaupun sudah berjaya tetapi masih tidak melupakan asal usul mereka. Jika bertanya tidak pernah mengelak. Ada sahaja yang ingin dikongsikan tak lokek dengan ilmu yang telah dipelajari. Mereka juga sentiasa bersedia untuk membantu orang lain.
Saya percaya bahawa mereka tidak pernah membezakan kedudukan sekarang dengan orang lain. Kalau mereka tidak lalui proses yang terdahulu adakah mereka dapat berdiri di atas kejayaan mereka sekarang?
Betapa hebatnya mereka walaupun banyak perubahan yang berlaku dan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh, mereka masih meneruskan perjuangan dan secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang lain.
3. Orang yang tidak mudah mengalah. Cabaran yang dilalui kadang-kala memberi kesan kepada orang sekeliling sama ada positif mahupun negatif. Persoalannya berapa cepat mereka dapat atasi dan bangkit meneruskan perjuangan dalam bisnes?
Disebabkan ilmu yang ada mereka tahu apa ingin lakukan. Disebabkan ilmu yang ada mereka tahu cara yang terbaik untuk selesaikan masalah dan disebabkan ilmu yang ada juga mereka tahu dan percaya bahawa bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Proses ini juga adalah untuk melatih untuk sabar menghadapi segala cabaran dan halangan dalam membina bisnes. Mana mungkin celik mata boleh berjaya. Mana mungkin celik mata dah berjuta-juta duit dalam akaun.
Kalau nak persoalkan kejayaan dari yang lain, lebih baik cakap dengan cermin. Ramai orang akan rasa gembira melihat kejayaan orang lain. Ramai orang akan cakap mereka hebat, mereka banyak duit, mereka boleh buat pilihan, mereka boleh dapat apa mereka mahu.
Tetapi berapa ramai yang melihat kejayaan seseorang itu adalah disebabkan oleh proses yang mereka telah lalui sebelum ini. Tahniah kepada yang berjaya mengecapi kejayaan bersama program dan mentoring RichWorks.
Saya sangat bangga melihat perkembangan positif yang mereka lalui. Semoga pada tahun 2021 nanti, lebih banyak kisah kejayaan yang dapat kita semua lihat.
Hafiz Jasmi
Vice President Mentorship Program