Anda biasa dapat barang percuma seperti tester atau sampel produk kecantikan, wangian, atau makanan?
Tak rugi ke bisnes mereka bila bagi pelanggan tester dan sample ni? Anda tahu, jika anda nak feedback dari pelanggan dengan cepat, ini adalah teknik pemasaran terbaik yang anda boleh guna. Anda boleh dapat pelanggan secara terus tanpa perlu tunggu dan buat promosi di media sosial.
Tahu tak, apabila anda bagi orang tester atau sample produk, anda akan dapat collect database dari pelanggan.
Anda boleh minta mereka mengisi borang maklum balas produk anda secara terus.
Nak tahu apa perkhidmatan dan produk yang anda boleh jadikan sampel ini?
- Makanan
Jangan kedekut untuk bagi sampel, untuk orang test makanan anda sebelum anda jualnya di pasaran. Bila anda dah bagi orang test, minta terus feedback dari mereka. Apa yang perlu anda perbaiki untuk tingkatkan rasa dan mutu makanan anda.
Anda risau pasaran anda terhad? Jangan risau, bila makanan anda sedap dan ramai yang dah approve rasanya, mereka akan beli dari anda dan akan viralkan terus makanan tersebut pada kawan-kawan dan media sosial.
Secara tak langsung, anda dah dapat promosi secara percuma, betul betul?
- Produk kecantikan
Sekarang dah ramai peniaga produk kecantikan yang gunakan teknik masukkan sample atau potongan kecil produk mereka dalam template untuk dihantar pada pelanggan. Anda mesti pernah dapat, betul? Selain itu, produk anda boleh dibuat dalam bentuk trial pack.
Biasanya trial pack lebih kecil berbanding produk yang sebenar. Jika pengguna bijak menggunakan produk trial pack, mereka mungkin boleh guna untuk masa yang agak lama dan akan menampakkan kesan penggunaannya.
- Pakaian
Sekiranya anda suka membeli pakaian di kedai, butik, pasaraya atau sebagainya, anda boleh cuba dahulu pakaian tersebut untuk tahu kesesuaian dan keselesaan apabila dipakai.
Tapi ada sesetengah kedai tidak membenarkan pelanggannya mencuba pakaian. Tidakkah itu merugikan mereka?
Jika ada pelanggan yang tertarik untuk membeli pakaian tersebut, tapi dengan peraturan tidak boleh mencuba, mereka akan cari kedai yang jual pakaian sama tapi boleh dicuba.
Selain itu, ada juga peniaga online yang mengamalkan konsep pengembalian semula wang atau pertukaran barang jika barang yang dihantar rosak dengan sebab kecuaian penjual.
Jika pembeli yang rosakkan, mereka tak boleh tukar atau dapat semula wang tersebut.
- Alatan elektronik
Biasanya bila anda nak beli alat elektronik seperti handphone, kamera, laptop, aksesori komputer atau handphone, pekerja kedai tersebut akan beri anda cuba dahulu untuk tahu barangan tersebut elok atau tidak.
Jika elok, anda boleh terus beli, sekiranya barangan tersebut rosak, anda boleh ganti yang baru. Jika anda beli barangan elektronik, anda akan dapat warranty dari kedai tersebut dan sesetengah aksesori gadget juga mempunyai jaminan (warranty), bergantung pada jenis barangan dan produk.
- Minyak wangi
Jika anda berniaga minyak wangi di pasar malam, pasar pagi atau buka kiosk di kedai-kedai atau pasaraya, anda boleh beri pengguna sampel minyak wangi anda.
Gunakan teknik seperti yang anda biasa lihat di pasaraya yang besar, mereka akan approach sesiapa sahaja yang melintasi kedai mereka untuk diberi sample tersebut.
Jika ada yang berminat, mereka akan masuk dan beli minyak wangi tersebut.