Wang amat mudah dimiliki jika anda mempunyai ilmu tentang wang! Macam mana nak dapatkan ilmu ini?
Kena rajin baca buku tentang ilmu wang, kena rajin hadir seminar tentang ilmu wang dan kena rajin berguru dengan orang yang pandai membuat wang.
Seperti yang kami katakan tadi, wang amat mudah dimiliki. Yang susah tentang wang adalah, “cara kita menguruskannya”. Ianya adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan peribadi diri. Tak pandai urus, wang yang dapat boleh hilang sekelip mata.
Cara terbaik untuk uruskan wang adalah dengan “Tanya Wang” itu sendiri. Nak tahu bagaimana?
5 tips urus wang buat anda :
Wang #1 : Tanya Wang Ketika Berbelanja
“Wang! Barang ini keperluan atau kehendak dalam hidup aku? Berbaloi tak jika aku beli barang jenama ini? Apa kebaikan yang aku dapat jika beli barang jenama ini?
Atau aku beli jenama barang lain yang lebih murah, mempunyai kualiti yang sama dan baki duit yang ada aku boleh simpan untuk kegunaan lain?”
Tanyakan pada wang sama ada benda yang anda ingin belanjakan itu memberi lebih banyak manfaat atau keburukan pada diri anda. Masih ada banyak barang lain yang anda boleh terokai jauh lebih murah dan berkualiti berbanding dengan barang yang mahal.
Wang #2 : Tanya Wang Ketika Membuat Tabung Simpanan
“Wang! Aku nak simpan kau ni, tabung apa yang patut aku buat? Mungkin aku buat “tabung ilmu.” Dengan wang yang terkumpul dalam tabung ini, aku boleh gunakan untuk tambah ilmu tentang wang, mungkin boleh beli buku tentang wang atau aku boleh join seminar tentang wang.
Aku juga boleh buat tabung lain, seperti tabung pelaburan, tabung bebas hutang, tabung beli rumah, tabung beli emas, tabung suka ria dan tabung sumbangan (derma).
Wang #3 : Tanya Wang Ketika Berbisnes
“Wang! Jika aku gunakan kau untuk bina bisnes ini ok tak? Bisnes ini boleh bantu orang lain tak? Bisnes ini menguntungkan atau merugikan? Apakah risiko yang aku perlu lalui jika buat bisnes ini?
Kat mana tempat yang aku boleh belajar ilmu berkaitan dengan bisnes ini? Ada orang yang telah berjaya dalam bisnes ini yang boleh aku gunakan sebagai bahan rujukan atau jadikan dia mentor aku? Jika aku gunakan kau wang, adakah bisnes ini akan ganggu keseluruhan pengurusan wang aku?”
Wang #4 : Tanya Wang Ketika Membuat Pelaburan
“Wang! Kau dah jadi banyak, aku nak buat pelaburan sekarang ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang, pelaburan jenis apa yang sesuai dilaburkan? Pelaburan saham? Pelaburan emas? Pelaburan hartanah?
Ada tak orang pakar dalam bidang pelaburan ini yang aku boleh rujuk atau jadikan dia mentor aku? Atau tahun ini aku simpan sahaja wang dalam bank, tahun depan baru buat pelaburan?”
Wang #5 : Tanya Wang Ketika Susun Gaya Hidup
“Wang! Aku nak gaya kehidupan yang selesa, nak rumah besar, kereta besar, keluarga besar, dan yang paling penting aku nak gaya hidup yang lebih rapat dengan agama aku.
Bagaimana aku boleh capai gaya kehidupan ini? Dengan siapa yang aku patut jumpa? Aku nak gunakan kau bukan sahaja untuk bina gaya hidup selesa di dunia, malah aku nak gunakan kau sebagai bekalan aku di akhirat.
Aku akan gunakan kau sebaik mungkin agar aku dapat hidup dalam kekayaan, kejayaan, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan.”