Jika anda mula jual produk baru yang tak ada dalam pasaran, anda akan rasa selamat kerana pelanggan hanya beli dari anda sahaja.
Tapi bila dah ada pesaing jual produk yang sama, anda mula mengalami mimpi ngeri dalam tidur anda. Ye lah, selama ini pelanggan tiada pilihan untuk beli dari orang lain. Bila dah ada pilihan lain, pelanggan mula boleh buat pilihan.
Banyak bisnes dah gulung tikar sebab kalah dalam persaingan bisnes. Mula-mula seronok berniaga sebab dapat untung berkali ganda, bila dah ada ramai pesaing, mula kita putus asa dan buka perniagaan lain.
Sebenarnya, ada cara untuk kita menang dalam persaingan ni. Berikut adalah tips yang boleh anda lakukan untuk bersaing dengan lebih hebat di pasaran.
5 tips untuk bersaing dengan hebat , ketika anda menghadapi persaingan dalam bisnes:
- Perang Harga
Jangan terlalu fikir tentang Perang Harga. Tak semua pelanggan peduli dengan harga barang ketika membeli. Fokus untuk beritahu pelanggan dengan jelas tentang nilai tambah yang ada pada produk kita. Pembeli sanggup beli walaupun dengan harga mahal jika ianya berbaloi.
- Jangan Buang Masa
Jual produk kepada pelanggan yang ingin beli produk anda sahaja. Jangan buang masa dengan merayu pengguna yang sememangnya takkan beli produk kita. Bila anda fokus beri servis kepada pelanggan yang setia, akan ada pelanggan baru yang terpengaruh untuk dapatkan produk anda.
- Kenal Produk Anda
Anda mesti tahu baik buruk produk anda. Pengetahuan anda adalah aset mahal dalam bisnes.
Abaikan pesaing. Jika anda faham dan kenal produk anda, tak perlu risau dengan pesaing anda kerana mereka akan tenggelam dalam pasaran secara perlahan-lahan. Jadi mulakan mencari mentor untuk belajar.
- Pesaing Bukan Musuh
Dalam persaingan bisnes, jadikan pesaing yang ada sebagai sahabat bukannya musuh. Tidak ada faedah jika anda bermusuh dengan pesaing anda. Anda bukan saja menguatkan networking bisnes malah anda akan lebih faham tentang produk jualan dari perspektif yang berbeza.
- Yakin Dengan Produk
Yakinlah dengan produk yang anda jual. Bisnes yang berjaya tak akan jadi kiranya produk yang dijual tidak diyakini. Buat sedikit rujukan dan kaji pasaran semasa sebelum memutuskan jenis produk yang ingin dijual
Bila berdepan dengan pesaing, jangan mengalah. Anda kena ingat yang produk anda ada kelebihan yang tidak diketahui oleh pesaing anda. Dan, pesaing anda juga pasti ada kelemahan dalam bisnesnya.
2 Comments
Alhamdullilah, Syukur..
Elmu yang diberi..Amin.
Terimakasih ilmu yg di beri .
Sangat bermakna
Sukur Alhamdulilah .