Mengasaskan sesebuah bisnes atau syarikat bukannya sesuatu yang mudah. Anda perlu mengorbankan banyak perkara, kestabilan menerima gaji pada hujung bulan, berada pada ketidakpastian dan kemungkinan yang berlaku.
Banyak perkara akan membuatkan kita tidak mahu melakukannya disebabkan takut rasa tidak ada jaminan. Selain itu, apa yang paling penting dilihat adalah soal motivasi untuk melakukannya.
Mengikut seorang bekas atlet olimpik dalam sukan rejam lembing (Javelin Thrower) dengan pengalaman 20 tahun, Inga Stasiulionyte berkongsikan kepada ramai orang bagaimana bantu mencapai goal masing-masing.
Berikut 7 tip terbaik beliau untuk capai sesuatu dalam hidup:
- Fokus kepada komitmen, bukan motivasi
Bagaimanakah tahap komitmen anda untuk mencapai goal itu? Adakah ia begitu penting hinggakan anda sanggup mengorbankan sesuatu bagi mencapainya?
Jika anda ada komitmen yang tinggi, maka motivasi akan datang sendiri.
- Cari ilmu, bukan result
Jika anda fokus kepada penambahbaikan, pembaharuan, eksperimen dan sebagainya membolehkan anda mendapat motivasi.
Sebaliknya, jika anda hanya terlalu fokus kepada results, motivasi anda mudah berubah bila berdepan dengan cabaran-cabaran yang melanda.
Menurut Inga, kunci di sini adalah fokus kepada perjalanan itu bukannya destinasi. Fikirkan apa yang anda pelajari sepanjang perjalanan dan perkara boleh ditambah baik.
- Proses perjalanan anda yang seronok
Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan. Bila anda membuat ia serius, maka kemungkinan besar ia akan membawakan sesuatu emosi yang berat hingga boleh buat anda rasa stuck.
- Hindarkan fikiran yang tiada bawa perubahan
Pemikiran kita akan mempengaruh perasaan. Perasaan itu pula akan menentukan bagaimana kita melihat kerja yang dilakukan.
Maka, pilihan kita untuk fokus pada sesuatu perkara buat perasaan stuck, takut dan tak pasti ataupun yang buatkan rasa keterujaan, mencuba benda baru dan keluar daripada zon selesa.
- Gunakan imaginasi
Apabila ia berjalan lancar, kira akan penuh dengan tenaga positif dan bila berdepan cabaran kita juga perlu lebih bertenaga.
Sehubungan itu, apa-apa pun situasi dihadapi baik atau buruk gunakan imaginasi anda untuk jadikan ia sesuatu positif. Sesuatu perkara boleh anda pelajari meskipun dalam situasi yang sukar.
- Jauhkan daripada gangguan
Fokus kepada perkara yang paling penting. Kita boleh senaraikan perkara yang mmebuang masa dan elakkan daripada melakukannya.
- Buat perancangan
Buat perancangan awal, jadualkan bila, apa dan bagaimana anda nak melakukannya. Setiap hari lihat semula apa yang anda pelajari dan tambah baik apa yang boleh.