Berbalik pada topik hari ini mengenai sikap anda sendiri sebagai seorang usahawan.
Bila anda buat keputusan nak berniaga, ia datang bukan hanya dengan peluang untuk capai impian, malah bersama risiko lain, antaranya masa dan tenaga.
Ingat, tak ada orang paksa anda berniaga. Jawab dengan jujur, adakah sesiapa paksa anda untuk buat bisnes?
Diacu pistol atau pisau suruh anda berbisnes, betul tak?
Anda sendiri buat keputusan, jadi perlu hidup dengannya dan nikmati setiap saat perjalanan membina bisnes itu.
Sikap usahawan berjaya
Anda sebagai usahawan perlu memikul tanggungjawab bukan hanya pada diri sendiri, malah keluarga, pasukan bisnes dan pelanggan anda.
Boleh kata anda hampir tak boleh gagal, mesti berjaya dan terus berkembang lagi.
Sebenarnya saya tak berapa risau dengan soal krisis ekonomi, kenaikan kadar inflasi, harga barangan dan kekurangan bahan mentah.
Sebab perkara yang paling saya risaukan sebenarnya adalah bila kita tak sedar dan tak tahu apa yang sedang berlaku.
Bila anda sedar dan tahu, persediaan dan perancangan boleh dilakukan untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Lainlah kalau anda tak ambil peduli pun dengan keadaan berlaku masa ini, sedangkan impaknya berlaku secara langsung dan tak langsung terhadap bisnes.
Semua ini berkaitan dengan sikap usahawan itu. Sikap anda akan menentukan nilai anda. Bila anda mempunyai sikap orang yang berjaya, kemungkinan besar anda juga mampu mencapai kejayaan, insya-Allah.
Apatah lagi bila ada MESTI bagi seseorang usahawan dalam membina bisnes yang berjaya.
Saya kongsikan formula saya temui daripada pengalaman jatuh bangun dan ilmu daripada guru-guru saya hingga membuatkan RichWorks lahirkan ramai usahawan jutawan di negara ini;
M-entor yang terbukti berjaya
E-lmu (emosi+ilmu) – penghayatan ilmu dengan emosi
S-istem atau strategi yang betul dan berkesan
T-indakan luar biasa dengan konsisten
I-mpian yang sangat jelas
Buat semua bangsa usahawan, anda MESTI kaya dan berjaya!
7 Comments
Assalamualaikum, memang tiada siapa yang paksa saya Buat Bisnes. Saya enjoy bines di peringkat Permulaan Tapi untuk 2 tahun belakangan ini saya rasa senang give up dengan team. Saya hampir berfikir untuk tidak bina team Lagi. Rasa nak stop bisnes ini Dan buat sesuatu yang lain di mana saya butane founder. Apakah yang saya perlu lakukan?
Waalaikumussalam. Terima kasih atas comment anda. Cabaran berkenaan Team atau Staff pasti akan ada di dalam setiap bisnes. Persoalannya adalah cara yang tepat untuk tangani masalah ini. Boleh WhatsApp Team Richworks di 0192442244 untuk dibantu. Semoga dipermudahkan urusan!
Di perbdnyak pelatihan
Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!
Saya berdagang karena suka berkreasi dan berinovasi. Saya melakukanya dengan senang hati dan bahagia bila produk saya diterima dimasyarakat.
Amazing! Terima kasih atas perkongsian. Anda Kaya & Berjaya!
Satu pernyataan yang sangat baik bagi menaikkan semangat orang yang tengah berniaga yang sedang mengalami pelbagai cabaran. Benar… berniaga adalah pilihan kita sendiri. Tak ada orang paksa. Namun ianya perlukan ilmu bagi menjadikan perniagaan itu berjaya sehingga menjadi cemerlang. Jadi proses paksa diri sendiri tanpa jemu untuk terus belajar perlu dibuat jika kita hendak mencapai cita-cita kita dalam perniagaan yang kita bina.