TERKILAN TAK SEMPAT TUNJUK PADA ARWAH BABA!


Carmelita Mohd Zainol, pernah memegang jawatan hebat di sebuah universiti ternama negara. Suaminya seorang juruterbang dan boleh dikatakan hidupnya sangat selesa.  Namun keselesaan tak pernah meletakkan beliau untuk mudah berpuas hati dengan apa yang beliau ada. 

Jauh disudut hatinya, bisnes sentiasa menjadi pilihan utama. Keselesaan menyandang jawatan yang selalunya menjadi kayu ukur di mata masyarakat, tidak dapat melawan cita-citanya untuk memiliki jenama bisnes sendiri.

Beliau telah mula berniaga semenjak zaman belajar lagi. Minatnya berkembang setiap hari dan beliau berusaha untuk memiliki perniagaan sendiri. Lebih-lebih lagi melihat bagaimana ayahnya sendiri menguruskan perniagaan. Hal ini membakar semangat beliau dan yakin mampu menguruskan bisnes.

Tapi nak mencapai impian tak semudah yang beliau sangka. Hajat hatinya untuk berniaga tidak disokong oleh ayahnya sendiri. Ayahnya tahu segala cabaran perniagaan dan ayahnya tidak mahu Carmelita berhadapan dengan cabaran yang sama.

Keputusannya untuk berhenti dari kerja dan mahu fokus kepada bisnes telah mencetuskan situasi di antara beliau dan ayahnya. Bagi Carmelita, itulah ‘big why’ yang membuatkan beliau makin kuat untuk berjaya dalam bisnes. Itulah yang membuatkan beliau tekun mencari ilmu dan bertindak untuk memastikan bisnesnya berjaya.

Tapi sayang, belum sempat Carmelita membuktikan pada ayahnya yang bisnes tudungnya boleh berjaya, ayahnya telah meninggal dunia. Ayahnya tidak sempat untuk melihat kejayaan beliau mengembangkan jenama Carmelita, jenama tudung dan pakaian premium sehingga mampu membuat jualan mencecah lebih dari RM5.3 juta sehingga Disember 2019 dengan peningkatan sebanyak 70% berbanding sales pada tahun 2018.

Walaupun tidak sempat membuktikannya kemampuan beliau kepada bapa tersayang, hasil kejayaannya dalam bisnes membantu beliau untuk banyak melakukan amal jariah untuk arwah bapanya.

Bermula dengan hadir ke Program RichWorks pada akhir tahun 2018, beliau kini telah menjadi seorang ahli Titanium Circle dan sentiasa  menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap tindakan dalam bisnes. Tiada apa yang lebih bermakna dari ilmu yang dimanfaatkan, doa dari anak yang soleh dan sedekah jariah yang berpanjangan.

Dan kita tak mampu untuk melakukan semuanya jika tanpa miliki kebebasan membuat pilihan dan kemampuan dari segi masa, kewangan dan tenaga.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Zakat perniagaan

Kenapa Perlu Bayar Zakat Perniagaan?

Dalam kita sibuk mengejar impian dan mengembangkan bisnes, jangan lupa untuk menunaikan kewajipan dengan menunaikan zakat perniagaan. Zakat bermaksud kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian