TeamMademGegar : Dulu Gaji Cukup Makan, Kini Sedang Bina Bisnes Lebih Berjaya Bermula 2020 Selepas Dibimbing RichWorks

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
TeamMademGegar : Dulu Gaji Cukup Makan, Kini Sedang Bina Bisnes Lebih Berjaya Bermula 2020 Selepas Dibimbing RichWorks

Semuanya mula berubah selepas Puan Siti Zulhijjah yang kini Master Stokis Eng’s Popcorn di Johor mendapatkan bimbingan bersama RichWorks secara virtual saja ekoran pandemik bermula 8 Februari 2020. Beliau menyertai Program Mentoring SPIRE dengan zero, mahu dibimbing dan berubah untuk membina bisnes yang berjaya.

“Dalam SPIRE, banyak dapat bantu dalam perniagaan saya dari segi skill leadership, dapat urus bisnes lebih baik, menghadapi PKP 1.0 2020 tanpa hilang dari radar malah bisnes lebih berjaya pada masa itu,” katanya.

Setelah dipahat, diketuk, ditampar & dikejutkan daripada tidur lena, dibakar dan dihangitkan dengan circle yang dengan ilmu MenThor yang luar biasa.

Bermula PKP sampai sekarang PKPP sangat-sangat mengajar apa itu bersyukur dikurung, diberi rezeki dan bersyukur masih ada peluang untuk terus membantu.

Dalam masa 5 bulan saja, beliau capai RM1 juta pertama pada Jun 2020 ketika PKP 1.0 sedang dikuat kuasa. Apa lagi menarik, jualan sepanjang 2020 mencecah RM3.1 juta. Sales pada 2021 ini pula sudah capai RM380,000.

Malah 30 Julai 2020, beliau memulakan journey untuk ke tahap lebih tinggi dengan menyertai Titanium circle yang hebat bagi bawa diri, team dan keluarga teammademgegar. Puan Siti Zulhijjah juga menjadi Master Stokis Eng’s Popcorn bagi pembekal Johor.

Bahkan beliau memiliki 3 buah kereta, sewa rumah lebih selesa malah ada simpanan akaun untuk anak, suami dan diri sendiri. Puan Siti Zulhijjah juga sudah mendaftar syarikat sebagai Sdn Bhd. Beliau sudah pun ada lebih 1,200 team dengan ada Popcorn House sendiri untuk team mengambil stok popcorn.

Bagaimanapun, semua itu tak dapat dicapai jika tidak mendapatkan ilmu melalui bimbingan dengan sistem yang terbukti berjaya.

Tapi tahukah anda sebelum itu, Puan Siti Zulhijjah dulu seorang kerani sekolah dengan gaji cukup makan sahaja hinggakan tak dapat beri duit belanja kepada mak. Nak beli apa yang dimahukan pun berkira dengan pergi kerja balik kerja saja masa itu.

Kemudian, Puan Siti Zulhijjah menjalankan bisnesnya sekadar ‘buat’ tanpa ilmu dan tiada bimbingan disamping skeptikal dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Sampai satu masa beliau mula hilang ejen di bawah bimbingannya kerana tidak mempunyai ilmu bisnes yang betul terutamanya dalam bidang leadership.

Titik tolak perubahan

Titik tolak untuk perubahannya dengan bengang bila tak dapat dahulukan keperluan mak.

“Saya nak ada simpanan untuk diri dan anak, nak hidup selesa seperti orang lain dan tak mahu lagi orang mengata hanya ‘perabis beras’,” katanya lagi.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa