Suri Lokcing : Bekas Guru Jadi Jutawan Jual Sate Ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Suri Lokcing : Bekas Guru Jadi Jutawan Jual Sate Ikan

Siapa sangka, bekas guru sains yang telah mengajar selama 20 tahun boleh menjadi jutawan sate ikan atau dikenali sebagai Suri Lokcing yang diusahakannya disebabkan tidak berhenti mencari ilmu.

Founder Suri Agro Food Sdn. Bhd., Puan Suzilawati Hamzah telah terlibat dalam bisnes sejak 2015 dengan kepakarannya membuat lokcing yang lembut tanpa tulang dengan sos manis dan pedas yang mengancam untuk anda di luar sana.

Beliau sebelum ini sudah tetapkan impiannya untuk berhenti bekerja pada usia 45 tahun untuk mulakan bisnesnya sendiri. Ia menjadi impian dari awal lagi yang mana beliau seronok untuk berniaga. Sehubungan itu, beliau mulakan secara part time, dengan menjual produk-produk sehingga beliau menetapkan produk yang hendak ditumpukan.

Dalam masa sama, beliau juga memang minat untuk mencari ilmu bisnes dan yang berkaitan untuk memperkasakan diri. Puan Suzilawati mula kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 2011. Kemudian beliau ikuti kelas-kelas dilakukan agensi kerajaan seperti FAMA, MARDI, MARA, LKIM dan sebagainya.

“Bila banyak pergi kursus, saya dapat bezakan content dan cara penyampaian yang diberikan. Tapi cara penyampaian yang dibuat Datuk Wira Dr Azizan Osman juga the best,” ujarnya.

Idea untuk mengusahakan sate ikan selepas mengikuti Seminar Berani Berniaga yang dibuat RichWorks di Kota Bharu, tak silap pada 2011. Datuk Wira Dr Azizan Osman ketika itu beri tips untuk buat produk yang orang biasa di mulut orang atau makan tapi kita tambah nilai.

“Mula dari situ, saya cari produk dan temukan sate ikan. Sebab ketika ambil anak saya sentiasa beli sate ikan. Masa itu, ada penjual guna basikal jual di luar kawasan sekolah.

“Saya selalu beli, jadi masa itu saya terfikir kenapa saya tak jual benda ini. Tak dapat nak cari di pasar raya dan tempat lain,” jelasnya.

Pencapaian Suri Lokcing

Selepas itu, beliau buat keputusan untuk sertai program mentoring Spire pada tahun lalu. Banyak yang dipelajari dan bisnes semakin bertambah baik contohnya dulu tidak tahu pun pencapaian jualan bisnes.

Melalui mentoring diterima, beliau dapat mengatasi roadblock yang ada dalam syarikat di samping sentiasa terbakar daripada perkongsian usahawan-usahawab lain melalui perkongsian dalam Inspired Talk sendiri.

Pada Disember 2020, jualan bisnesnya berjaya mencapai RM1 juta pertama. Selain itu, beliau juga sudah mempunyai sekitar 26 orang staf. Beliau sudah dapat berkongsikan rezeki dengan mencipta peluang pekerjaan yang ada kepada staf malah ejen-ejen yang bersamanya.

Setakat Januari hingga Mac 2021, jualan berjaya dicapai berjumlah RM237,270.

Terdapat empat perkara yang Puan Suzilawati buat betul hingga beliau berada pada tahap bisnes yang sudah berada pada tahap yang baik dan berkembang ketika ini.

4 Perkara Betul dibuat Puan Suzilawati :

  1. Set target untuk nak jadi usahawan
  2. Tidak berhenti mencari ilmu. Beliau bersama suami sertai program RichWorks bagi menimba ilmu dan mendapatkan panduan dalam bisnes ini. Meskipun suaminya tidak terlibat secara langsung, dia faham dan berikan sokongan kepada Puan Suzilawati.
  3. Mula bisnes dengan ada team untuk berkembang, meskipun takut tapi buat saja. Trust the process.
  4. Latih dan bersama dengan key leaders bantu mereka, mendengar masalah dan win mereka.

Pesan Founder Suri Lokcing

Pesan Puan Suzilawati kepada usahawan, pertamanya agar tidak cepat putus asa. Berani mencuba dan buat perubahan yang diperlukan hingga jumpa cara yang terbaik bagi bisnes anda.

Di samping itu, jangan lupa jaga hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia terutama keramat hidup anda. Trust the process, percaya kepada apa yang diajar sebab ia sudah terbukti melahirkan ramai orang berjaya.

“InsyaAllah kita boleh berjaya.”

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan