Tina Secret : Bukan Saja Bisnes Berkembang, Sikap Dan Dalaman Diri Jadi Lebih Baik

Mulanya bisnes dengan ‘main terjun’ saja

Tidak mahu dipandang rendah oleh orang lain, meskipun berasal dari negara jiran, Indonesia, seorang suri rumah dengan 3 anak ini mahu ubah hidupnya dengan melakukan bisnes.

Bagaimanapun, Founder Tina Secret (Produk Kecantikan & Kesihatan), Puan Kus Endang atau lebih dikenali sebagai Tina Wisen mula berbisnes dengan ‘main terjun’ saja.

Kongsinya, beliau sertai dropship dan menjadi ejen kepada produk orang lain. Bukan 1 saja produk, tapi banyak produk hinggakan tak fokus dan tak tahu nak fokus yang mana satu.

Sehinggakan satu masa beliau stuck dan bisnes dijalankan tak berkembang lagi. Beliau kemudian mencari jalan, apa yang boleh buatkan dia keluar daripada situasi berkenaan.

Kemudian beliau terjumpa RichWorks dan mencari ilmu bisnes agar dapat mengubah hidupnya. Melalui program yang disertai, banyak perubahan dilihat pabila ada ilmu dan ikuti bimbingan MenThor dengan membersihkan kolam jiwa, belajar tentang marketing dan leadership.

“Sebelum ini, saya hubungan saya dengan ayah regang disebabkan kelakuan terhadap maknya dahulu. Namun selepas masuk IMKK, kolam jiwa seperti dicuci bersih membuatkan saya terus minta maaf kepada ayah, emak, adik beradik.

“Semenjak itu, saya selalu bagi duit dan bantu keluarga dan akhirnya rezeki mengalir dengan lancar. Kalau saya tak belajar dengan RichWorks, rasanya sampai sekarang saya tak maafkan ayah sebab dendam. Saya pun sudah jadi orang yang lebih sabar dan berfikiran jauh,” jelasnya lagi.

Dari segi bisnes pula, beliau mula fokus pada satu produk sendiri namun stuck jualan pada tahap sama pada 2018. Kemudian pada 2019, Puan Tina buat keputusan untuk keluarkan produk sendiri yang merupakan resepi diwarisi turun-temurun.

Kemudian untuk buatkan bisnes berkembang lagi, beliau memilih untuk sertai Mentorship SPIRE pada Januari 2020. Di sinilah beliau ketahui macam mana nak membina team dan menguruskan bisnes hingga berjaya upgrade ke TITANIUM circle pada Disember tahun lalu.

Pencapaian & Kejayaan Tina Secret

Beliau dalam tempoh 11 bulan saja iaitu pada November 2020 ketika PKP 1.0, bisnesnya sudah mencapai jualan RM1 juta pertamanya.

Siapa sangka ketika semua bisnes terkesan, Tina Secret berjaya meningkatkan jualan. Jualannya sepanjang 2020 sekitar RM1 juta berbanding RM505,000 pada 2019 sebelum mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.

Pesan Puan Tina, nak berjaya ia bermula dalam diri dulu. Bersihkan dalam diri ini dulu dengan membuang sikap buruk, hasad dengki dan baran di samping memaafkan orang lain, banyak bersabar dan pastikan hubungan bersama keramat hidup dan keluarga adalah baik.

Dari situ, lebih mudah untuk kita berusaha dan mencapai impian.

 

Artikel terbaru