Raifili : Founder Dulu Sampai Terpaksa Guna Duit Raya Anak Beli Pampers & Susu

Sebelum memulakan perniagaan kain batik, Founder Raifili, Puan
Siti Fitryah Harun merupakan seorang akauntan. Nekad berhenti kerja kerana mahu fokus kepada perniagaan yang sedang beliau usahakan.

“Sangat struggle sebelum saya kenal RichWorks, Datuk Wira
Dr. Azizan Osman yang mengubah mindset sekarang” ujarnya.

Puan Siti sebelum ini pernah mengusahakan pelbagai jenis perniagaan sebelum nekad untuk fokus kepada satu barang. Jika dahulu, beliau terpaksa cash on delivery (COD) barang kepada pelanggan setiap minggu.

Malah beliau sendiri tidak nampak masa depan beliau dalam bisnes ketika itu.

“Pernah satu ketika, siang saya terpaksa kerja, balik dari kerja
terus buat kuih sambil menjahit kain atau baju,” ujarnya.

Susahnya beliau ketika itu, sehinggakan beliau tidak mampu untuk bantu ibunya, tak boleh beri kesenangan walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi tapi masih lagi susah dan struggle.

“Saya bersyukur saya di SPIRE, Sebab saya boleh adjust foundation bisnes saya.” ujarnya.

Namun apakan daya, sekali lagi beliau diuji ketika pelaksanaan PKP. Ketika itu beliau rasa down tapi disebabkan berada di dalam circle SPIRE, sentiasa ada semangat dan paling tidak lupa oleh Puan Siti, apabila Datuk Wira Dr. Azizan Osman beri kata-kata yang sangat bernilai, “Jangan stuck kepada sesuatu benda yang kita tak boleh kawal, cuba gandakan apa yang kita boleh buat”.

Pencapaian Raifili

Alhamdulillah, sewaktu orang lain struggle dengan bisnes ketika PKP, bisnes meningkat naik, dari RM 75 Ribu kepada RM 1 Juta sebulan. Puan Siti berjaya capai RM 1 Juta pertama beliau dalam bisnes tak sampai setahun berada di dalam SPIRE.

Alhamdulillah, sales untuk 2020, Puan Siti berjaya capai RM 7.4 Juta. Bukan itu saja, kini Puan Siti mempunyai 10 pekerja tetap dan mempunyai lebih 17 Ribu orang dropship dan agen yang telah berjaya dibantunya.

“Ilmu itu yang bawa saya sehingga saya berjaya bina bisnes saya sekarang ini.” jelasnya.

Kini setelah berjaya diterima masuk ke dalam circle Titanium RichWorks, banyak yang beliau belajar dan dapat perbaiki diri untuk lebih berjaya.

“Tak perlu ada darah bisnes kalau kita nak berjaya.”

Beliau berjaya buktikan bisnes tanpa pinjaman peribadi pun boleh
berjaya. Rasanya pasti ramai mahu berada pada tahap Puan Siti sekarang? Namun adakah anda sudah bermula?

Artikel terbaru