Ekoran PKP 1.0, Kontrak Kerja Tak Disambung. Puan Mahirah Jadi Dropship Sampai Berjaya

Ekoran PKP 1.0, Kontrak Kerja Tak Disambung. Puan Mahirah Jadi Dropship Sampai Berjaya

Ekoran pandemik yang menyebabkan Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 menyebabkan Puan Mahirah Sahimi hilang pekerjaan sebagai jurutera selepas kontraknya tidak disambung.

Beliau tiada pilihan lain dan memilih untuk menjalankan bisnes bagi mendapatkan sumber pendapatan pada tahun lalu meskipun sebelum ini mempunyai pengalaman pahit dalam bisnes.

Ianya disebabkan beliau pernah ditipu hingga kerugian sekitar RM20,000 ketika sertai bisnes Multi Level Marketing (MLM) pertamanya ketika berusia 19 tahun (2014). Lagi menyedihkan duit itu merupakan simpanannya daripada duit raya dan lain-lain sejak berusia 5 tahun lagi,

Ketika itu beliau masih mentah, dan ilmu bisnes juga langsung tiada. Hanya berbekalkan percaya pada apa orang cakap, beliau keluarkan duit lebih kurang RM20,000 untuk pelaburan bisnes pertamanya itu.

“Saya perlu juga buat bisnes, kalau saya tak mula bisnes saya tak ada duit, saya tak dapat beli apa yang saya nak. Duit simpanan juga dah habis sebab melangsungkan pertunangan sebelum PKP bermula.

“PKP baru sahaja bermula, simpanan saya dah habis. Walaupun masih tinggal dengan ibu bapa, saya tak suka menyusahkan mereka. Nekad untuk ada pendapatan sendiri,” katanya baru-baru ini.

Untuk nak mencari pekerjaan pun susah disebabkan banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup kecuali di bawah essential. PKP 1.0 juga menyaksikan banyak syarikat berhentikan pekerja.

Namun bagi Master Stokis Kokojar Shake ini, bila orang cakap ini semua musibah beliau anggap itu peluangnya. Misi beliau untuk menunjukan bahawa dirinya boleh berniaga dalam tempoh PKP dengan hanya mula dari dropship dan ejen kepada Kokojar Shake.

” Saya mula buat giler-giler untuk dapatkan results, saya percaya hanya results yang boleh di tunjukan pada keluarga yang saya mampu buat, setakat cakap kosong tak ada guna,” tegasnya lagi.

Sejak itu, Puan Mahirah mula menyertai program Marketing Mentoring (MM) dan semua kelas percuma anjuran RichWorks. Beliau mula belajar cari MenThor yang betul, ilmu yang betul. Dari situ, bisnes beliau menyaksikan perubahan dan peningkatan.

Sekarang beliau berada di Mentorship SPIRE yang disertai pada September 2020. Dalam tempoh sebulan saja, pada Oktober beliau sudah berjaya capai RM1 juta pertamanya.

Puan Mahirah berjaya mencapai jualan berjumlah RM2.5 juta sepanjang 2020 berbanding RM10,000 pada 2019 sebelum mendapatkan bimbingan.

Pesan Puan Mahirah kepada orang ramai terutama anak muda

Beliau pantang tengok anak muda tak buat apa-apa, tak buat bisnes. Dunia dulu dan sekarang sudah berbeza. Dulu orang cakap umur 25 kerja sudah stabil. Dulu senang nak dapat kerja. RM50 dulu dengan sekarang juga sudah berbeza.

Cepat mula bertindak, mula bina bisnes anak muda.

Artikel terbaru