Pada Usia 15 Tahun Telah Memikul Tanggunjawab Sebagai Ketua Keluarga Setelah Kehilangan Ayahanda Tercinta…
Ini kisah inspirasi Bina Bisnes Berjaya Tuan Mohamad Razizul Pemilik Pijoe Udang Galah. Beliau bukan berasal keluarga yang senang. Kehilangan ayahanda tercinta pada usia 15 tahun ketika menduduki PMR. Disebabkan kehilangan sumber pendapatan keluarga beliau terpaksa ambil alih tanggunjawab ketua keluarga dan mula nekad Bina Bisnes Berjaya.
“Saya mula berniaga sate dan burger pada waktu petang selepas balik sekolah. Sepanjang 2 tahun 2009 sehingga tahun 2011 itu lah rutin harian saya. Pada masa tu saya dah ada simpanan sendiri, kewangan sendiri. Pada tahun 2011 saya mula fokus pada udang galah sahaja, apabila nampak peluang ramai yang cari udang galah di tempat saya”
Berniaga Tanpa Ilmu
Beliau hanya menjalankan bisnes tanpa ilmu hanya kerana minat semata-mata.
“Masalah jualan memberi kesan kepada keluarga. Akhirnya saya selalu bergaduh dengan abang sebab ada udang tapi tak tahu nak jual macam mana. Hanya tahu nak ambil stok udang sahaja setiap hari.”
“Kesukaran berlaku untuk pastikan udang sentiasa dalam keadaan segar, sentiasa terjual dalam hari yang sama. Lama masalah ini berlaku dalam bisnes. Saya pernah ditipu pelanggan dan pemborong. Kenapa aku stuck terlalu lama dalam masalah ini?”
Mula Rasa Penat Dengan Bisnes Tak Buat Duit
“Pada tahun 2018 saya mula menyertai Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), sebab saya selalu mengalami masalah yang RichWorks selalu kongsi masalah yang saya alami”
“Masa tu memang ada masalah skeptical, tetapi saya masih teruskan program IMKK. Pada ketika itu saya masih tidak berani nak letak target jualan juta-juta, saya hanya letak 2 perkara sahaja iaitu nak capai jualan RM 800 Ribu dan nak siapkan rumah untuk Mak di Rompin”
Pencapaian Pijoe Udang Galah
Pada penghujung 2019 bisnes mula ‘grow’ dan berjaya memiliki bangunan sendiri. Impian beliau juga berjaya dicapai tanpa sedar untuk siapkan kediaman untuk bonda. Kini jualan Udang Galah beliau sudah berjaya mencapai RM 1.4 Juta. Pada tahun 2021 rekod jualan untuk 2 bulan sahaja beliau sudah berjaya capai RM200,000