Puan Mahirah Sahimi : Berbisnes Tanpa MenThor, Rugi Hampir RM20,000

Pernah ketika mula ‘terjebak’ dalam bisnes, Master Stokis Kokojar Shake, Puan Mahirah Sahimi kehilangan duit simpanannya hasil simpanan duit raya sejak berusia 5 tahun hampir RM20,000 akibat berbisnes tanpa ilmu.

Apabila Mula Menyertai Bisnes Tanpa Ilmu Yang Betul Akhirnya…

“Saya tertipu simpanan tabung haji saya habis. Simpanan itu merupakan hasil simpanan duit raya sejak beliau berumur 5 tahun. Saya tidak menyangka, ketika saya berumur 19 tahun duit simpanan raya saya habis akibat ditipu menyertai ketika menyertai bisnes MLM.

“Ketika itu saya masih mentah, dan ilmu bisnes juga langsung tiada. Hanya berbekalkan percaya pada apa orang cakap, saya keluarkan duit lebih kurang RM 20,000 untuk pelaburan bisnes pertama saya itu.”

Nekad Bina Bisnes 

Sepanjang di universiti, Puan Mahirah menjalankan bisnes secara dropship. Seperti pelajar lain juga beliau berkeinginan untuk memenuhi kehendak, maka perlu ada duit sendiri. Beliau juga ada impian untuk bayar yuran pengajian sendiri dan bantu keluarga walaupun masih berstatus seorang pelajar.

Selepas tamat pengajian. Puan Mahirah bekerja sebagai engineer selama 8 bulan. Kontrak tidak dapat di sambung memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan mula dikenakan di seluruh Malaysia pada March 2020.

“Saya struggle dalam mencapai impian sebab kerana saya bekas seorang engineer. Saya berniaga sejak tahun 2014 bisnes dalam Multi Level Marketing (MLM). Ini merupakan bisnes pertama saya, sejak itu mindset saya mula terdedah dan terbuka untuk bisnes”

Puan Mahirah Sahimi

Beliau kemudian nekad untuk buat bisnes, kalau tak mula bisnes tiada lagi pendapatannya. Kebetulan ketika itu, duit simpanan juga sudah habis sebab melangsungkan pertunangan sebelum PKP bermula.

Walaupun masih tinggal dengan ibu bapa, saya tak suka menyusahkan mereka. Puan Mahirah nekad untuk ada pendapatan sendiri melalui bisnes.

“Nak cari pekerjaan pun tentu sahaja tak dapat. PKP banyak syarikat berhentikan pekerja. Bila orang cakap ini semua musibah saya anggap  itu peluang.

“Misi saya untuk menunjukan saya boleh berniaga dalam tempoh PKP dengan mula jd dropship. Saya mula buat giler-giler untuk dapatkan results, saya percaya hanya results yang boleh di tunjukan pada keluarga yang saya mampu buat, setakat cakap kosong tak ada guna.”

Sejak itu Puan Mahirah mula menyertai program Marketing Mentoring (MM) dan semua kelas percuma dari RichWorks. Mula belajar cari MenThor yang betul, ilmu yang betul. Sekarang beliau berada di Mentorship SPIRE.

Pada 2019, sebagai ejen beliau hanya capai jualan sekitar RM10,000. Kemudian pada 2020, Puan Mahirah sudah berjaya capai RM1 juta pertama sebagai Master Stokis Kokojar Shake.

Nasihat Puan Mahirah

“Saya pantang tengok anak muda tak buat apa-apa, tak buat bisnes. Dunia dulu dan sekarang dah berbeza. Dulu orang cakap umur 25 kerja dah stabil. Dulu senang nak dapat kerja. Rm 50 dulu dengan sekarang juga dah berbeza. Cepat mula bertindak, mula bina bisnes anak muda”

Puan Mahirah Sahimi

 

Artikel terbaru

Leave a Reply